Home Ajaran Sesat JANGAN JEJASKAN AKIDAH DIRI GARA-GARA TERPEDAYA FATAMORGANA DUNIA

JANGAN JEJASKAN AKIDAH DIRI GARA-GARA TERPEDAYA FATAMORGANA DUNIA

33
0

Islam adalah sebuah cara hidup lengkap yang meliputi segala urusan kehidupan manusia. Islam juga bermaksud agama yang bersifat sederhana, mudah, praktikal dan bertoleransi. Maka, penganut agama Islam disifatkan sebagai ‘ummatan wasatan’ iaitu umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta seimbang dalam seluruh aspek kehidupannya.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan dominan masyarakat Islam hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia yang menjadikannya sebagai pegangan rasmi. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islammengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda SAW.

Oleh itu, sebarang usaha untuk memasukkan ajaran dan fahaman yang berlainan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berlainan daripada pengamalan biasa masyarakat Islam di negara ini adalah dilarang kerana dibimbangi akan memecahbelahkan masyarakat, mengacau-bilaukan kestabilan serta keharmonian negara.

Justeru itu, sebarang ajaran, fahaman, pegangan atau ideologi yang bercanggah dan menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah dicegah dan dijauhi sebagaimana yang difatwakan oleh Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia. Rujuklah pada para mufti dan para alim ulama yang bertauliah dan diiktiraf pihak berkuasa sebelum ia menjejaskan akidah diri ke arah kesesatan.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor