Home Liberalisme JANGAN TERPEDAYA!!!ISLAM LIBERAL BUKAN SEBAHAGIAN MAZHAB ISLAM

JANGAN TERPEDAYA!!!ISLAM LIBERAL BUKAN SEBAHAGIAN MAZHAB ISLAM

24
0

Islam liberal tidak termasuk dalam kelompok mazhab Islam. Meskipun empat mazhab Islam yang ada banyak khilafnya, namun kesemuanya tetap merujuk pada induk yang sama dan disepakati. Berlainan dengan Islam liberal, ianya adalah pemikiran yang mengajak umat Islam merungkai syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kerana menganggap terlalu terikat dan tidak sesuai digunakan di zaman moden.

Jelas lagi bersuluh, tidak selayaknya kandungan perbincangan yang diambil daripada Barat lalu disandarkan kepada Islam untuk menghalalkan pemikiran atau perbuatan sebagaimana ideologinya demi kepentingan hawa nafsu. Fahaman liberalisme yang menjadikan akal sebagai rujukan paling tinggi sehingga wujudnya kelompok yang mempertuhankan akal dan hawa nafsu menyebabkan mereka terpesong dari ajaran Islam.

Selain itu, Islam liberal turut menolak beberapa ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW walaupun mereka mengaku diri mereka sebagai Muslim. Mereka bukan sahaja menerima dan membenarkan idea-idea liberal, tetapi menjustifikasikannya dengan mentafsir semula Islam agar bersesuaian dengan fahaman liberalisme yang dianuti mereka. Justeru itu, sedarlah bahawa fahaman liberal sangat bahaya dan memberi ancaman kepada akidah dan agama Islam sehingga memesongkan dari kebenaran sebenar.

Sumber: Jurnal Afkar, Vol.20 (2)