Home Ektremisme/radikalisme SEKAT FAHAMAN EKSTREMISME DAN RADIKALISME KERANA IA AKAN MENGHANCURKAN KEHARMONIAN NEGARA

SEKAT FAHAMAN EKSTREMISME DAN RADIKALISME KERANA IA AKAN MENGHANCURKAN KEHARMONIAN NEGARA

944
0



Ekstremisme dan radikalisme khususnya dalam kalangan umat Islam merupakan permasalahan semasa yang perlu diberikan perhatian. Tingkahlaku ekstremisme dan radikalisme ini dilihat bukan terbelenggu dalam diri individu sahaja, malah telah berkembang kepada sesebuah kumpulan yang mempunyai pemikiran, ideologi dan doktrin tersendiri.

Perkara yang memburukkan lagi keadaan apabila ekstremisme dan radikalisme dikaitkan dengan Islam sebagai sebuah agama. Pada peringkat global wujud istilah-istilah yang digunakan oleh pihak Barat kepada golongan ekstremis dan radikal ini telah memberikan indikasi buruk kepada Islam seperti radikal Islam, fundemantalis, Islam pengganas dan sebagainya.

Di Malaysia, melalui beberapa peristiwa buruk berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Kg. Medan tahun 2001, sedikit sebanyak menunjukkan terdapat unsur-unsur ekstremisme dan radikalisme yang wujud dalam masyarakat Malaysia meskipun ianya tertumpu kepada aspek perkauman.

Letupan di sebuah pusat hiburan di Puchong tahun 2016 membuka satu lembaran baru ekstremisme dan radikalisme di Malaysia dimana senario tersebut dikaitkan dengan penularan aktiviti ekstremisme dan radikalisme yang datang dari luar sempadan Malaysia dengan bentuk yang tersusun dan berorganisasi.

Kefahaman dan dogma yang menganggap bahawa satu-satunya cara untuk menegakkan sebuah negara Islam adalah melalui peperangan merupakan sangat berlebihan dan bersifat melampau sepertimana dapat dilihat dengan jelas dalam pemikiran dan tindakan golongan Khawarij pada zaman lampau.

Kekuatan dan serangan Khawarij pada ketika itu telah berjaya dipatahkan apabila masyarakat Islam bersatu hati apabila berhadapan dengan golongan ini. Mereka mengambil inisiatif masing-masing secara individu dan berkumpulan bagi mengekang golongan ekstremis ini.

Sehubungan dengan itu, bagi mengekang penularan ekstremisme dan radikalisme dalam masyarakat, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk mengekang pengaruh ekstremisme dan radikalisme daripada menyusup dan menguasai masyarakat keseluruhannya.

Sumber: Jurnal al-Tamaddun, Bil 12 (2), 2017