Home Hizbut Tahrir BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!!! MERACUNI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELALUI IDEOLOGI RADIKAL DAN TAKFIR (MENGKAFIRKAN...

BAHAYA HIZBUT TAHRIR!!!! MERACUNI PEMIKIRAN MASYARAKAT MELALUI IDEOLOGI RADIKAL DAN TAKFIR (MENGKAFIRKAN ORANG LAIN) DENGAN BERTOPENGKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAM

703
0

Hizbut Tahrir mendakwa bahawa perjuangan mereka bukan membawa keganasan sepertimana kumpulan militan yang lain. Namun, pergerakan Hizbut Tahrir sebenarnya menerapkan ideologi yang sama dengan kumpulan militan atau teroris yang lain iaitu menerapkan ideologi radikal takfir (mengkafirkan orang lain).

Dalam menerapkan ideologi radikal iaitu menolak demokrasi dan sistem yang diamalkan oleh semua negara termasuk negara Islam sekarang ini, mereka mempunyai strategi tertentu yang dilakukan secara bertahap. Strategi ini merupakan titik tolak dalam menyampaikan ideologi sesat mereka itu yang melibatkan tahap berinteraksi dengan masyarakat atau juga disebut sebagai fasa ‘Nuqtatul Intilaq’ (titik tolak dakwah). Melalui tahap beginilah Hizbut Tahrir cuba menyebarkan fahaman radikalnya kepada masyarakat untuk mengajak masyarakat menolak sistem yang ada dan melabelkan pemerintah serta sistem yang ada sebagai kufur yang wajib digulingkan menggunakan kekerasan dan gerakan revolusi. Hal ini juga dilakukan oleh pergerakan Hizbut Tahrir Malaysia di mana mereka mengajak rakyat Malaysia menolak sistem demokrasi dan pilihanraya, melabel pemerintah sebagai kufur dan mempengaruhi rakyat di negara ini supaya bangkit dan ikut bersama mereka menyusun kekuatan bagi menumbangkan kerajaan yang ada sekarang ini.

Pada tahap ini, Hizbut Tahrir memang nampak ideal dan tidak ganas atau belum melakukan apa-apa aktiviti keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun, jika pergerakannya semakin berkembang dan mereka mula bergerak kepada fasa yang seterusnya, ia akan menjadi seperti juga kumpulan militan yang lain yang akan melakukan tindakan keganasan atas nama ‘jihad’.Dalam fasa berinteraksi dengan masyarakat untuk menyemai ideologi takfir dan militan ini, mereka melakukan kegiatan-kegiatan seperti berikut:

Pertama, pembinaan ‘Tsaqafah Murakkazah’ (intensif) melalui halaqah-halaqah untuk para pengikutnya. Ianya dalam rangka membentuk kerangka gerakan, menambahkan anggota serta mewujudkan peribadi-peribadi yang islami yang mampu memikul tugas dakwah dan sedia mengharungi cubaan samada melalui pergolakan fikiran mahupun perjuangan politik.

Kedua, pembinaan ‘Tsaqafah Jama’iah’ dengan cara menyampaikan idea-idea dan hukum-hukum yang telah ditetapkan Hizbut Tahrir secara terbuka kepada masyarakat umum. Selain bertujuan untuk mewujudkan kesedaran umum mengenai ideologi yang menjadi pegangan Hizbut Tahrir, ia juga untuk mengumpul kekuatan rakyat sehingga mereka dapat dipimpin untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.

Sebenarnya Hizbut Tahrir dalam mengembangkan ideologinya telah menerapkan ideologi militan dan takfir kepada masyarakat. Mereka menyemai ideologi yang menentang idea-idea lain selain fahamannya, menentang kelompok-kelompok politik yang tidak berasaskan Islam sepeeti yang mereka faham, melawan negeri-negeri dan penguasa yang dianggap kafir. Ini menunjukkan betapa bahanya Hizbut Tahrir walau di Malaysia mereka hanya bergerak secara ‘underground’ dan masih belum melakukan tindakan keganasan. Namun, masa saja yang akan menentukan tindakan ganas mereka jika terus dibiarkan mereka berkembang di negara ini.

Sumber: Al-Fikra: Jurnal Ilmiah Keislaman, Vol. 17, No. 1 (2018)