Haji mabrur bukan sekadar memenuhi rukun dan syarat ibadah haji, tetapi bergantung kepada keikhlasan hati, kesabaran dan kesungguhan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia menuntut pengorbanan fizikal, harta dan jiwa sepanjang perjalanan ibadah tersebut.
Tanda haji yang mabrur bukan hanya ketika di Tanah Suci, tetapi jelas selepas pulang, akhlak menjadi lebih baik, tutur kata lebih terjaga, serta menjauhi maksiat dan perkara sia-sia. Perubahan inilah bukti bahawa ibadah itu benar-benar memberi kesan dalam kehidupan.
Sempena bulan Zulhijjah ini, marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri walaupun belum berpeluang menunaikan haji. Hakikatnya, haji mabrur bukan sekadar perjalanan ke Mekah, tetapi perjalanan hati menuju reda Allah SWT.
Sumber:
Kitab al-Hajj – Hadith tentang haji mabrur tiada balasan melainkan syurga.







