Home Syiah AWAS!!! SYIAH SEMAKIN BERANI MENYEBARKAN FAHAMAN SESATNYA MELALUI MEDIA SOSIAL. JANGAN SESEKALI...

AWAS!!! SYIAH SEMAKIN BERANI MENYEBARKAN FAHAMAN SESATNYA MELALUI MEDIA SOSIAL. JANGAN SESEKALI TERPENGARUH DENGAN PROPAGANDA SESAT KUMPULAN SYIAH!!!

425
0

Syiah merupakan antara gerakan yang banyak menggunakan medium media sosial sebagai alat penyebaran ideologinya. Antara corak perkembangan ideologi Syiah dalam platform seperti Facebook adalah keseragaman mesej propaganda, pembinaan imej tokoh Syiah dan menarik simpati terhadap perkembangan politik di Timur Tengah.

Meskipun pengikut Syiah adalah kelompok minoriti di Malaysia, komunikasi terbuka serta konsisten yang digerakkan oleh pengikut Syiah menggunakan medium Facebook ada signifikannya dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap ajaran Syiah dan proses merekrut ahli secara sistematik.

Populasi Syiah di peringkat global kini semakin radikal dan dinamik. Hal ini nampak lebih ketara dengan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah yang merupakan percikan ketegangan antara pengikut Sunni dan pengikut Syiah sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan nyawa. Kejatuhan Saddam Hussain merupakan titik bermulanya kemaraan aktivis Syiah dan kini mereka dilihat semakin ekstrem dalam melebarkan pengaruhnya sehingga melibatkan serangan dan pembunuhan terhadap orang awam (golongan Sunni) yang tidak berdosa.

Jika dahulu lingkungan interaksi golongan Syiah hanya terhad dalam komuniti ‘homogeneous’ iaitu di antara kelompok mereka sahaja, namun kehadiran teknologi maklumat masa kini telah memberikan satu kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat yang lebih luas tanpa mengira bangsa, bahasa, agama dan negara.

Meskipun wujudnya komunikasi kontra antara dunia realiti dengan dunia maya, namun apa sebenarnya yang berlaku ialah tetap terjadinya perpindahan maklumat dan pembinaan persepsi masyarakat yang semakin meluas terhadap fahaman Syiah. Di Malaysia, meskipun terdapat akta atau undang-undang yang boleh digunakan untuk diambil tindakan terhadap kumpulan Syiah yang menyebarkan fahaman mereka di negara ini, kelompok Syiah tetap berani menzahirkan wajah mereka terutamanya menerusi laman sosial dengan motif yang jelas. Mereka berusaha dengan gigih untuk membina pengaruh dan mendapat sokongan masyarakat Malaysia khasnya umat Islam yang kurang mendalami tentang selok-belok kesesatan ajaran Syiah sehingga merasakan ajaran Syiah juga merupakan salah satu cabang mazhab dalam agama Isam.

Sebagai contoh seorang pemilik akaun Facebook ‘Tokayah Haji’ yang dipercayai merupakan ketua kumpulan sebuah ‘hauzah’ (pusat pengajian/madrasah) Syiah di Malaysia secara terang-terangan telah memuat naik gambar dirinya berlatar belakangkan ‘banner’ tulisan-tulisan ajaran Syiah dengan penyataan “Takziyah dari Hauzah ar-Ridha as Malaysia with LOVE, Syahadah Sayyidatina Fatimah Zahra as.”. Dia juga menyeru secara yakinnya menyatakan bahawa agama Syiah adalah benar dan betul serta boleh diamalkan di dalam negara ini tanpa perlu sembunyi-sembunyi.

Justeru itu, dapat dilihat bahawa sentuhan teknologi telah membawa satu perkembangan baru kepada strategi dan modus operandi pergerakan Syiah untuk menyebarkan fahaman mereka di negara ini. Sepatutnya pihak pihak berkuasa agama dengan kerjasama pihak Facebook Malaysia perlu memainkan peranan dengan segera untuk menyekat pemilik-pemilik akaun Facebook yang dilihat cenderung mempromosi ajaran Syiah sehingga boleh menimbulkan kecelaruan dan perpecahan umat Islam seterusnya akan menggugat keamanan negara ini.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, 2017, Bil. 10, Isu II