Home Syiah KESESATAN SYIAH: RITUAL MATAM TERBONGKAR DI SUNGAI BESI

KESESATAN SYIAH: RITUAL MATAM TERBONGKAR DI SUNGAI BESI

7
0

Sambutan “Ayyam al-Sajjadiyyah” oleh penganut Syiah kembali mencetuskan kebimbangan apabila ritual Matam memukul dada dan badan sebagai tanda berkabung didakwa berlaku secara tertutup di Alhadi Centre, Sungai Besi. Amalan ini dikaitkan dengan memperingati kewafatan Imam Ali Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai Imam Sajjad.

Beliau merupakan Imam Syiah yang keempat dan merupakan anak kepada Imam Hussein AS yang terselamat daripada peristiwa Karbala. Namun, cara meluahkan kesedihan hingga menyakiti diri jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang menuntut kesederhanaan dan melarang perbuatan melampau dalam beremosi.

Di Malaysia, ajaran Syiah telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi pegangan rasmi umat Islam. Syiah juga bukan sebahagian daripada empat mazhab dalam Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Lebih tegas lagi, Nabi SAW melarang perbuatan meratap secara melampau seperti memukul badan. Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda: “Bukan daripada golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak pakaian dan menyeru dengan seruan jahiliah.” Jelas, amalan seperti Matam bukan sahaja tiada dalam sunnah, malah bercanggah dengan prinsip Islam.

Umat Islam di Malaysia perlu lebih peka dan berwaspada terhadap penyusupan fahaman seperti Syiah ini yang boleh merosakkan akidah. Jangan terpedaya dengan naratif emosi atas nama cinta kepada Ahlul Bait, sedangkan caranya menyimpang dari syariat. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 195: “…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan…” Pegang teguh akidah yang sahih, amalkan tabayyun, dan jauhi segala bentuk ajaran yang bercanggah dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.