Home Kemanusiaan/Motivasi WAHAI UMAT ISLAM!! BERHATI – HATILAH DALAM MENYANYIKAN LAGU ‘SALAM YA MAHDI’...

WAHAI UMAT ISLAM!! BERHATI – HATILAH DALAM MENYANYIKAN LAGU ‘SALAM YA MAHDI’ IA SEBUAH LAGU CIPTAAN SYIAH DAN BUKANNYA DITUJUKAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

6965
0

Baru – baru ini, telah beredar satu klip video di seluruh platform media sosial mengenai lagu ‘Salam Ya Mahdi’ yang kononnya ditujukan khas untuk pejuang – pejuang Palestin yang sedang berjuang untuk kebebasan tanah air mereka dari jajahan kaum zion!$ yang zalim. Namun apa yang kita tidak tahu bahawa lagu ini sebenarnya diciptakan oleh golongan Syiah untuk imam ke -12 mereka iaitu Muhammad Al – Mahdi bin Hassan Al – Asykari yang hidup pada abad ke – 9 Masihi dan dipercayai oleh para golongan Syiah telah ‘ghaib’ dalam peristiwa Ghaibatul Kubra.

Di dalam video tersebut juga ditunjukkan bahawa rakamannya bukan diadakan di negara Palestin seperti yang digembar – gemburkan malah ianya dirakam di negara Lubnan dan dinyanyikan oleh orang – orang Syiah sambil membawa gambar ‘imam’ ke – 12 mereka dan juga pemimpin utama mereka, Ayatollah Khomeini. Ini jelas bertentangan dengan kefahaman kita dan jauh menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA).

Apa yang hendak diperkatakan di sini, jika sesuatu lagu atau nyanyian yang datangnya luar dari negara kita sendiri, hendaklah kita selidiki. Tabayyunlah, kerana bukan semua penduduk negara – negara Arab berfahaman seperti ASWAJA. Jangan disebabkan ianya sebuah lagu berbahasa Arab, maka ianya baik dan sesuai untuk dinyanyikan. Contohnya seperti lagu ‘Salam Ya Mahdi’ ini, siapa sangka ianya sebuah lagu yang ditujukan untuk ‘golongan tertentu’ dan ianya disiarkan semata – mata untuk menyesatkan kita semua.

Ingat, ‘Salam Ya Mahdi’ golongan Sunni berbeza daripada golongan Syiah. Golongan Syiah menyanyikan lagu ini tetapi memuji dan memuja pemimpin mereka, Khomeini. Jangan kita tertipu dengan dakyah mereka yang cuba menyesatkan umat Islam hanya dengan serangkap lagu yang kononnya menceritakan tentang hak dan kebebasan Palestin tetapi sebaliknya bermaksud lain. Para musuh Islam tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita seperti mana dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka…” (QS Al – Baqarah: 120).

Perkukuhkan iman kita, tidak salah untuk berhibur tetapi haruslah betabayyun agar diri kita tidak tersesat dalam lembah kesesatan yang diciptakan oleh musuh – musuh Islam. Allah SWT berfirman:

“Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.” (QS Al – Hujurat: 6).

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan