Home LTTE LTTE ADALAH PENGGANAS!!! MASYARAKAT TAMIL JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN USAHA PUAK-PUAK...

LTTE ADALAH PENGGANAS!!! MASYARAKAT TAMIL JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN USAHA PUAK-PUAK TERTENTU UNTUK MENGHIDUPKAN PERJUANGAN LTTE DI NEGARA INI

1075
0

Kumpulan Barisan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disenaraikan sebagai kumpulan pemisah dan pengganas oleh kebanyakan negara di dunia ditubuhkan untuk membina sokongan bagi mewujudkan sebuah wilayah bebas di Sri Lanka.

Soal perjuangan LTTE menuntut kemerdekaan di tanah air mereka adalah hak mereka, tetapi untuk dikembangkan di Malaysia adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian yang serius. Kumpulan yang cuba menyokong dan menghidupkan kembali gerakan LTTE di negara ini tidak boleh dibiarkan berkembang dan perlu dipantau secara berterusan. Kita tidak mahu negara ini dijadikan tapak dan pangkalan operasi kumpulan LTTE untuk melancarkan serangan di tempat lain. Ia pasti akan mengundang ancaman keselamatan yang serius kepada negara ini.

Pihak-pihak yang menyokong LTTE mahu masyarakat percaya bahawa sehingga kini tiada bukti menunjukkan usaha untuk menghidupkan kembali kumpulan pengganas itu, namun hakikatnya mereka bergerak ke seluruh dunia menjalankan kerja-kerja secara senyap mengumpul pengaruh dan dana untuk satu tujuan iaitu menghidupkan kembali kumpulan itu.

Sebagai bukti sebuah laman facebook Vinoda Vini yang berpangkalan di Lembah Klang didapati telah menyebarkan informasi-informasi dalam bentuk video, grafik, keratan akhbar dan berita-berita dari India yang berupa seruan kepada seluruh masyarakat Tamil seluruh dunia termasuklah di Malaysia untuk turut sama menyokong dan berjuang bagi mencapai matlamat orang Tamil.

Kita tahu bahawa pendekatan yang digunakan dalam perjuangan LTTE adalah dengan cara mengangkat senjata. Gerakan LTTE ini tidak mengambil kira soal keselamatan antara bangsa mahupun negara. Mereka melakukan berbagai tindakan ganas untuk mencapai tujuan mereka termasuk melakukan operasi pengeboman, pembunuhan dan sebagainya lagi. Oleh itu, membenarkan kumpulan LTTE ini dihidupkan kembali dan bergerak bebas di Malaysia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Tidak mungkin ideologi Tamil boleh dibenarkan untuk berkembang di sini.

Alasan pihak yang menyokong LTTE dengan membandingkan sokongan masyarakat Islam Malaysia terhadap perjuangan Palestin, Arakan dan isu Rohingya, tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan perjuangan LTTE dihidupkan di negara ini. Palestin dan Arakan adalah negara dirampas. Rohingya pula membabitkan isu kerakyatan yang dinafikan di tanah air mereka sendiri. Palestin diserang Zionis dan telah menubuhkan negara Israel. LTTE pula adalah gerakan pemberontak terhadap kerajaan Sri Lanka. Mereka mahu menubuhkan negara mereka sendiri secara gerakan bersenjata. Ia memang sama sekali tidak boleh dijadikan perbandingan dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh orang Islam kepada perjuangan Palestin, Arakan dan Rohingya.

Justeru itu, walaupun ketua LTTE Prabakharan sudah mati, namun kita perlu berwaspada kerana rangkaian mereka pasti masih wujud. Jika lalai dan leka dikhuatiri ia akan memberi implikasi keselamatan yang serius kepada negara.

Sumber: Malaysia Kini- 16 Oktober 2019