Home Liberalisme AWAS DENGAN JARUM HALUS PEMIKIRAN LIBERAL!!! MEMBURUKKAN SISTEM DAN KEPIMPINAN NEGARA ISLAM...

AWAS DENGAN JARUM HALUS PEMIKIRAN LIBERAL!!! MEMBURUKKAN SISTEM DAN KEPIMPINAN NEGARA ISLAM SEBALIKNYA MENGAGUNGKAN KEPIMPINAN DAN SISTEM LIBERAL DI NEGARA SEKULAR

1176
0

Islam Liberal adalah istilah yang mula diperkenalkan oleh Charles Kurzman dan Leonard Binder dalam buku penulisan mereka. Ianya merujuk kepada satu aliran pemikiran yang cenderung kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tujuan konsep Islam Liberal ini diperkenalkan adalah untuk memperkukuhkan liberalisme politik di negara-negara Islam setelah kegagalan sekularisme.

Pemikiran ini menolak segala tafsir yang dianggap lama dan kolot, malah bagi mereka ianya perlu disesuaikan dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan dan sebolehnya digugurkan.

Terdapat enam gagasan yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran Isam Liberal iaitu:

  1. Melawan teokrasi iaitu sebarang idea untuk menubuhkan negara Islam
  2. Mendukung gagasan demokrasi
  3. Membela hak wanita
  4. Membela hak-non muslim
  5. Membela kebebasan berfikir
  6. Membela gagasan kemajuan

Di Malaysia fahaman ini sedang giat disuburkan dan digerakkan oleh para aktivitis, ahli politik, NGO malah sarjana Islam sendiri melalui pelbagai pendekatan termasuklah ceramah, dialog, penerangan dalam radio, akhbar, seminar, wacana ilmu, penulisan dan sebagainya. Antara aktivis yang aktif berfahaman liberal dan sering menimbulkan kontroversi berhubung isu berkait hal sensitif agama Islam adalah Siti Kassim.

Baru-baru ini, Siti Kassim dilihat lantang bersuara menyebelahi Singapura dan memperlekehkan Malaysia kerana tidak maju dan mundur disebabkan oleh terlalu terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam agama. Siti Kassim juga turut mengkritik cara berfikir pemimpin Malaysia jauh kebelakang dan jumud kerana tidak berfikiran liberal jika hendak dibandingkan dengan pemimpin di Singapura. Oleh sebab itu dia menyanjung sistem dan pemikiran di Singapura yang ternyata indeks kemajuan (berdasarkan penilaian barat) adalah lebih tinggi berbanding Malaysia walaupun tidak menjalankan sistem dan hukum-hukum Islam.

Penyataan seperti inilah yang perlu diawasi dan dinilai dengan berhati-hati dan masyarakat perlu membuka mata supaya tidak terpengaruh dengan pemikiran liberal yang disebarkan secara halus melalui tulisan seperti itu. Jika kita melihat dengan lebih terperinci, sememangnya negara-negara yang tidak mempraktikkan Islam itu lebih maju atau kurang rasuahnya, namun adakah nilai-nilai Islam seperti mana yang ditetapkan oleh Allah s.w.t juga berada dalam kiraan indeks yang tinggi?

Masyarakat perlu sedar bahawa agama tidak menyebabkan sesebuah negara itu mundur. Memang benar Malaysia sedikit ketinggalan dari sudut kemodenan dan kemajuan jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain yang maju seperti Singapura, United Kingdom dan lain-lain, namun kita perlu berbangga bahawa indeks dari segi akhlak seperti isu zina, minum arak, berjudi, LGBT dan lain-lain perkara yang diharamkan oleh Islam adalah jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju yang dinyatakan tadi. Penilaian-penilaian yang dimomokkan di media adalah penilaian barat dan berfikiran liberal dengan niat untuk memburukkan Islam.

Sumber: www.academia.edu.my