Home LTTE AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN GERAKAN SEEMAN TAMIL NADU YANG CUBA MENGHIDUPKAN SEMULA...

AWAS!!! JANGAN TERPENGARUH DENGAN GERAKAN SEEMAN TAMIL NADU YANG CUBA MENGHIDUPKAN SEMULA PERGERAKAN LTTE DI NEGARA INI

1291
0

Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan antara kumpulam pemberontak paling ganas di dunia dengan misinya untuk mewujudkan sebuah negeri Tamil. Kumpulan ini dikatakan sangat sistematik dan tersusun dalam bidang risikan.

Perkara yang menjadi kebimbangan adalah apabila Malaysia dijadikan sebagai negara yang ingin dijadikan pengkalan atau pusat pergerakan militan LTTE di rantau ini memandangkan Malaysia juga memiliki populasi kaum Tamil yang tinggi jumlahnya. Malaysia juga berkemungkinan menjadi penyumbang dana yang besar kepada perjuangan LTTE di Sri Lanka.

Kini terdapat usaha-usaha untuk menghidupkan semula kumpulan LTTE di negara ini. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat beberapa pertubuhan NGO yang dikaitkan dengan pergerakan Parti NAAM Tamilar di Selatan India dilihat cenderung mendukung semangat dan ideologi LTTE. Antaranya ialah Persatuan Senthamizhan Peravai Malaysia (SEPAM). SEPAM merupakan antara pertubuhan yang aktif mempromosikan ideologi pro LTTE iaitu ideologi Seemanisme (Seeman dari Tamil Nadu). Pihak PDRM juga sedang memantau pergerakan Penyelaras Parti NAAM Tamilar di Selatan India, Seeman Senthamilan serta beberapa pemimpin India lain yang dipercayai penyokong tegar Kumpulan LTTE yang kerap melawat negara ini. Seeman Senthamilan dahulunya merupakan seorang pelakon tamil yang kini menjadi ahli politik bagi Parti NAAM Tamilar Katchi di negeri Tamil Nadu, Selatan India yang sangat menyanjung dan mengagumi pengasas pengganas LTTE iaitu Velupillai Prabahakaran.

Oleh itu, Seeman berhasrat untuk menghidupkan kembali gerakan LTTE dengan menjadikan ideologi LTTE sebagai dokongan utama dalam parti miliknya serta membentuk logo dan bendera parti mirip dengan bendera LTTE. Hal ini menambahkan kegusaaran apabila Seeman juga dilihat aktif menyebarkan gerakan ini di dalam negara Malaysia dengan tertubuhnya NAAM Tamilar Malaysia dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh politik Malaysia seperti P.Ramasamy dan Kulasegaran.

Sebagai bukti, laman facebook ‘Seeman Thambigal Malaysia’ dan ‘Malaysian NAAM Tamilar Organization’ dilihat sangat aktif mengajak bangsa Tamil untuk turut menyokong calon-calon pilihanraya bagi Parti NAAM Tamilar Katchi di India dan menyeru untuk turut menyumbang dana bagi kelangsungan LTTE. Bukan itu sahaja, melalui posting-posting yang dipaparkan, penyokong LTTE juga dilihat aktif menganjurkan program-program ke arah mendoktrinkan ideologi Semanisme seperti yang berlaku di Johor.

Masyarakat perlu fahami bahawa terrorisme dan radikalisme ini tidak semestinya berkait dengan Islam dan ramai yang masih keliru tentang aspek ini. Sebenarnya pengganas ini merentasi agama, etnik dan negara. Menurut data yang dikeluarkan oleh FB, CIA dan Interpol, kumpulan pemberontak paling ganas daripada semua pengganas adalah LTTE. Begitulah bahayanya LTTE, namun mengapa sehingga kini pihak-pihak tertentu masih ‘melindungi’ mereka?

Sumber: Astro Awani, 10 Oktober 2019 dan Pusat Kajian Ancaman Ekstemisme Malaysia