Home Liberalisme BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! MEMBAWA PEMIKIRAN MODENISME DAN SEKULARISME BARAT YANG BERCANGGAH DENGAN...

BAHAYA ISLAM LIBERAL!!! MEMBAWA PEMIKIRAN MODENISME DAN SEKULARISME BARAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

902
0

Hari ini apabila perkembangan pemodenan semakin pesat, maka ia telah membawa pemikiran baru yang dipengaruhi oleh idea-idea kebebasan berfikir yang membentuk satu pemikiran baru yang luarannya umpama Islam akan tetapi dalamannya terkandung pengaruh Barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar.

Faktor munculnya pemikiran Islam Liberal adalah disebabkan segelintir individu yang terpengaruh dengan pandangan dan cara hidup Barat dan peradabannya yang banyak menguasai dan mendominasi pelbagai bidang dan cabang ilmu dewasa ini.

Ia pemikiran modernisme yang berpaksikan budaya ‘hedonisme’. Golongan ini beranggapan hukum-hukum Islam melanggar hak-hak asasi manusia, bahkan ia tidak sesuai dengan peredaran zaman serta mengongkong penganutnya. Pemikiran ‘modernism’ cuba memberikan satu tafsiran Islam yang baru mengikut konsep humanisme, hak dan kebebasan individu yang dikatakan sangat sesuai dengan dunia moden.

Mereka yang cenderung ke arah pemikiran Islam liberal ini banyak menyandarkan sesuatu hujah mereka berdasarkan kajian-kajian orientalis Barat, metodologi kajian agama lain, hak kebebasan sosial atau politik atau ekonomi mengikut konteks Barat, dan falsafah sekularisme.

Semua ini nyata sekali amat bercanggah dengan Islam. Biarpun pandangan dan pemikiran ini bercanggah dengan Islam namun golongan pemikiran liberal ini menggunakan sandaran kepada Islam agar mereka mendapat sokongan dan perhatian dari golongan awam yang beragama Islam.

Dari satu sisi mereka dilihat seperti memperjuangkan Islam kerana dikatakan pemikiran itu sebagai sebahagian dari Islam. Dengan slogan kemajuan umat golongan liberal menolak hujah-hujah ulama terdahulu dengan alasan pada pandangan ulama terdahulu tidak sesuai diguna pakai pada abad ini. Ia dilakukan bertujuan supaya pemikiran umat Islam dan ketamaduan Islam akan bertambah maju, seiring dengan kemajuan sekularisme Barat, maka umat Islam perlu mengikut gaya Barat. Setujukah anda?

Sumber: Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam, 2016 (ICONAIT 2016), Kuala Lumpur.