Home Ateis ISU PENGUSAHA KOSMETIK HINA ISLAM SATU PETANDA PENGARUH FAHAMAN ATEIS DAN LIBERAL...

ISU PENGUSAHA KOSMETIK HINA ISLAM SATU PETANDA PENGARUH FAHAMAN ATEIS DAN LIBERAL SEMAKIN BERKEMBANG DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. BERWASPADALAH!!!!

517
0

Corak pemikiran dan kehidupan masyarakat terutama generasi muda masa kini lebih banyak dipengaruhi oleh fahaman liberalisme universal yang ingin bebas daripada ikatan budaya atau tradisi kaum dan agama. Ini adalah salah satu kesan atau femonena globalisasi yang sedikit demi sedikit semakin mengikis dan menghapuskan institusi dan tradisi agama.

Individu-individu yang hidup dalam era globalisasi ini lebih menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memberi faedah kepada kehidupan mereka dalam bentuk material dan keperluan asas tetapi semakin lari dan jauh daripada konsep keagamaan dan kehidupan akhirat.

Kurang penekanan terhadap kefahaman akidah Islam dan juga pembentukan kerohanian adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan individu-individu tersebut terhakis akidah Islam dan mudah menjadi ateis.

Sebagai contoh, baru-baru ini tular kisah seorang pengusaha kosmetik wanita yang berasal daripada Kelantan didapati telah membuat kenyataan yang dianggap menghina Islam malah bangga tidak menyembah Allah, tidak solat dan tidak pandai mengambil wudhuk. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan malah menyindir umat Islam yang solat dan menyembah Allah sedangkan katanya kini bukannya lagi zaman untuk melakukan perkara-perkara itu.

Perkara ini jelas menunjukkan ketidak percayaan terhadap Allah atau ateis adalah salah satu gejala yang wujud dalam masyarakat Islam hari ini dan keadaan ini amat bahaya kerana fenomena ini sedang mengalami peningkatan dari hari ke hari. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana sekiranya corak kehidupan umat Islam terus dipengaruhi oleh unsur globalisasi dan liberalisasi Barat (sekularisme, materialisme, ateisme) yang tidak menghiraukan tradisi dan budaya agama, ia akan mempengaruhi minda seseorang Muslim sehingga seseorang itu boleh jatuh murtad.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam keseluruhannya terutama golongan ulama, cendiakawan dan pemimpin bermuhasabah dan merenung sejauh manakah kefahaman akidah Islam telah menyerap sepenuhnya dalam naluri dan pemikiran umat Islam di negara ini sehingga boleh menjadi benteng untuk menangkis cabaran globalisasi, liberalisme, sekularisme yang semakin mencabar?

Sumber: Berita Harian- 30 Mei 2021 dan Utusan Online- 9 Julai 2017