Home Hizbut Tahrir PENGASAS HIZBUT TAHRIR, SYEIKH TAQIYUDDIN AN-NABHANI ADALAH BEKAS PEMIMPIN JIHAD GERAKAN IKHWANUL...

PENGASAS HIZBUT TAHRIR, SYEIKH TAQIYUDDIN AN-NABHANI ADALAH BEKAS PEMIMPIN JIHAD GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN MESIR. PEMIKIRANNYA BOLEH MENUMBUHKAN GERAKAN RADIKAL DI NEGARA INI

1106
0

Sheikh Taqiyuddin an-Nabhani merupakan pelopor gerakan Hizbut Tahrir yang dilahirkan pada tahun 1909 di Palestin. Dalam peperangan menentang Israel pada tahun 1948, organisasi Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna yang juga telah melantik Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani sebagai antara pemimpin bahagian jihad di Mesir untuk memimpin ketenteraan di Mesir.

Selepas kekalahan Mesir di tangan Israel, Syeikh Hassan al-Banna terus memimpin Ikhwanul Muslimin dengan menumpukan pada jalan dakwah membaiki kehidupan umat Islam. Namun, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani bertindak keluar daripada gerakan Ikhwanul Muslimin kerana berbeza pendapat dengan Syeikh Hassan al-Banna. Beliau tetap berpegang kepada prinsip bahawa perjuangan bersenjata perlu diteruskan.

Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani kemudiannya telah menubuhkan Kumpulan Hizbut Tahrir yang kini walaupun beliau sudah meninggal dunia, namun fahamannya telah tersebar di merata dunia. Kebanyakan negara telah mengharamkan pertubuhan ini dan mengkategorikan seagai kumpulan radikal Islam.

Beberapa anggota dan pemimpin kumpulan ini juga dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin al-Qaeda malah ideologinya yang dipegang oleh Kumpulan Hizbut Tahrir boleh mendorong seseorang pemuda Islam untuk melakukan tindakan istimata atau pengebom berani mati.

Persoalannya, apakah kewujudan dan perkembangan gerakan Hizbut Tahrir di Malaysia akan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara kita? Memandangkan ideologinya hampir sama dengan kumpulan radikal Islam yang lain dan berpotensi untuk melakukan sesuatu operasi keganasan atas alasan berjihad, maka gerakan ini adalah membahayakan keselamatan negara ini.

Sumber: Journal of Critical Reviews. 2020. Vol. 7(1)