Home MURTAD AWAS!!! GERAKAN MEMURTADKAN ORANG MELAYU SEMAKIN BERLELUASA BUKAN SAHAJA MENGANCAM AKIDAH MALAH...

AWAS!!! GERAKAN MEMURTADKAN ORANG MELAYU SEMAKIN BERLELUASA BUKAN SAHAJA MENGANCAM AKIDAH MALAH MENGHAKIS JATI DIRI BANGSA MELAYU

1110
0

Melayu mestilah Islam, Islam mestilah Melayu. Itulah tafsiran istilah ‘Melayu’ sepertimana yang termaktub dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya terdapat orang Melayu yang menganuti selain daripada agama Islam maka bukan sahaja ianya dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah merupakan suatu diluar normalisasi masyarakat Malaysia.

Pluralisme terhadap agama merujuk kepada satu pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama adalah sama, menuju kepada kemuncak ‘kebenaran yang sama’. Sebagai contoh, sekiranya Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, Buddha pula beribadat dengan hadir ke kuil, penganut Kristian hadir bertafakur di gereja setiap hari ahad dan sebagainya. Oleh itu, menurut mereka yang berpegang kepada pemahaman ini, semua bentuk ibadat itu benar dan diiktiraf kerana menuju kepada satu ‘kebenaran yang hakiki’ iaitu Tuhan. Persepsi sebeginilah yang perlu diperbetulkan semula kerana bukan semua aspek boleh dipluralismekan lebih-lebih lagi berkait dengan hal-hal agama dan dikhuatiri boleh jatuh hukum murtad kerana menyukutukan Allah.

Selepas Tanah Melayu dijajah oleh Barat, itulah titik tolak berlakunya kemasukan pelbagai anasir yang bertentangan agama Islam, malah juga bermulanya proses kristianisasi terhadap masyarakat Melayu dan usaha itu dilihat berterusan sehingga kini. Pembangunan era globalisasi menyebabkan nilai-nilai Barat bertambah rancak mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam sehingga menghakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian manusia yang akhirnya matlamat hidup yang hanya melihat kepada dunia semata-mata menjerat diri terjerumus memurtadkan dan mengkristiankan diri.

Sesungguhnya gejala murtad ini perlu dilihat sebagai satu bentuk ancaman yang sangat membahayakan akidah masyarakat dan membawa kepada kehancuran Islam. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran,ayat 85 bermaksud: “ Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Sumber: Kertas Kajian, Vot RMC, Universiti Teknologi Malaysia