Home Kemanusiaan/Motivasi JANGANLAH MENJADI “KAKI SEMBANG” ATAU ‘BERCAKAP BESAR’ SERTA MENYOMBONG DIRI KERANA ITU...

JANGANLAH MENJADI “KAKI SEMBANG” ATAU ‘BERCAKAP BESAR’ SERTA MENYOMBONG DIRI KERANA ITU ADALAH SIKAP YANG DIBENCI ALLAH SWT

1631
0

Dalam kehidupan, kita hendaklah selalu menjadi seorang yang hidup dalam kesederhanaan. Akan tetapi, sudah namanya manusia yang melakukan kesilapan dan selalu terleka, kadang-kadang perlakuan jelek itu selalu sahaja terjadi.

Ramai di kalangan kita yang selalu sahaja bercakap besar atau sering sahaja disebut sebagai “kaki sembang”. Norma ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan kita rakyat Malaysia terutamanya umat Islam. Tetapi, tahukah anda perbuatan itu merupakan salah satu sikap sombong yang sangat dibenci oleh Allah SWT? Bahkan, dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya denganku pada hari kiamat kelak ialah; orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” (HR Tirmizi).

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa besederhana dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata pepatah “ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk” , janganlah sesekali mendabik dada kerana itu bukanlah apa yang diajar oleh agama Islam. Jangan sesekali menjadi “kaki sembang” atau bercakap besar kerana ia merupakan sebahagian sifat sombong dan sama sekali dibenci oleh Allah SWT dan diharam baginya syurga.

Dari Uqbah bin ‘Amir RA, sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang meninggal dunia, dan ketika ia meninggal itu dalam hatinya masih ada sebesar biji sawi dari sombong, maka tidaklah halal baginya syurga, tidak mencium baunya dan tidak pula melihatnya.” (HR Ahmad).

Sumber: muslim.or.id (https://muslim.or.id/3536-jauhi-sikap-sombong.html)