Kitab rujukan utama pengikut Syiah iaitu al-Usul min al-Kafi karangan seorang ‘imam Syiah’ al-Khulaini memperlihatkan ketaksuban dan penyanjungan mereka secara berlebihan kepada Saidina Ali sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah s.a.w.
Golongan Syiah meyakini bahawa orang terbaik selepas Rasulullah s.a.w adalah Ali bin Abi Talib serta mendakwa Abu Bakar dan Umar al-Khattab sebagai dua berhala Quraisy yang terlaknat. Dakwaan negatif tersebut adalah sebagai interpritasi kononnya Abu Bakar dan Umar dianggap sebagai perampas takhta Ali yang sepatutnya menjadi calon utama sebagai khalifah sejurus kewafatan Rasulullah SAW.
Bukan itu sahaja, malah Syiah sangat melampau dengan menggelarkan sahabat terbaik Nabi Muhammad SAW dengan gelaran al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan). Cacian tersebut bukan hanya sekadar perasaan benci terhadap Abu Bakar, mereka malah mengamalkan doa laknat terhadap Abu Bakar dan Umar sebagai amalan harian yang dinamakan sebagai ‘Doa Dua Berhala Quraisy’ yang berbunyi:
“Ya Allah, sejahteralah atas Muhammad dan kaum keluarga Baginda dan laknatlah ke atas kedua-dua berhala Quraisy, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah)
Menurut akidah Syiah sepertimana yang ditulis oleh ulama Syiah, al-Allamah Muhammad al-Baqir al-Majlisi, menyatakan bahawa: “akidah kami (Syiah) sehubungan dengan akidah at-Tabarru’ (berlepas diri). Kami berlepas diri dari empat berhala iaitu: Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah. Dan berhala wanita yang empat iaitu: Aisyah, Hafsah, Hindun dan Ummu Hakam. Serta seluruh pengikutnya, mereka adalah seburuk-buruk makhluk atas permuakan bumi. Tidak sempurna iman seseorang kepada Allah dan Rasul serta imam-imam, kecuali berlepas diri daripada musuh-musuh tersebut”.
Jelas sekali betapa mereka menghina sahabat nabi dan para isteri nabi menunjukkan fahaman Syiah secara jelasnya bukanlah sebahagian daripada mazhab dalam agama Islam. Sedangkan dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 6 yang bermaksud: “Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya ibu-ibu mereka”.
Oleh itu, dimanakah benarnya fahaman Syiah yang dipuja-puja itu? Tepuk dada tanya iman.
Sumber: Mengenal Hakikat Syiah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan