Home MURTAD PENGISYTIHARAAN MURTAD SECARA TERANG-TERANGAN MERUPAKAN SUATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN MENCEGAHNYA ...

PENGISYTIHARAAN MURTAD SECARA TERANG-TERANGAN MERUPAKAN SUATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN MENCEGAHNYA ADALAH SATU KEWAJIPAN DEMI MENJAGA ‘DIEN’ (AGAMA ISLAM) BERSAMA MENCEGAH MURTAD DEMI KESUCIAN ISLAM!!!

849
0

Tindakan murtad tidak seharusnya dipandang sebagai isu peribadi dan konflik kepercayaan, sebaliknya ia termasuk dalam isu keselamatan yang harus dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Apabila isu murtad ini disenaraikan atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama, maka secara tidak langsung akan menjejaskan usaha untuk menanganinya.

Sekiranya seseorang individu secara bangga mengumumkan kemurtadan mereka dari Islam dan mengajak orang lain untuk menyertai mereka, tindakan ini boleh dianggap sebagai ‘melampau’ kerana telah menghina agama Islam itu sendiri. Murtad wajib dicegah bukan dirawat, kerana rawatan hakiki yang layak bagi orang-orang murtad dan tidak mahu bertaubat adalah kematian (hukuman bunuh).

Sebagai contoh Malaysia pernah dikejutkan dengan satu pengakuan murtad yang tular di media sosial oleh seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu yang mengisytiharkan dirinya sebagai penganut Kristian berstatus Pastor. Dalam kes Sharifah Farleaton yang kini menetap di Australia turut membuat pengumuman secara terang-terangan di laman Facebooknya dan membuat pengakuan dengan bangganya bahawa dirinya telah murtad. Bahkan bukan sahaja beliau bertindak menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, malah turut mengajak umat Islam yang lain untuk turut murtad.

Perkara ini menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia khususnya pada ketika ini bukan sekadar menghadapi krisis keruntuhan akhlak, konflik politik, perpecahan umat, kecuaian ibadah, kelemahan meninggikan syiar Islam dan pembudayaan songsang, sebaliknya kekhuatiran utama yang perlu kita sedari adalah membabitkan permasalahan iman dan kufur.

Sekiranya murtad hanya sekadar konflik kepercayaan peribadi, mengapa begitu agresif Saidina Abu Bakar memerangi golongan ini sewaktu pemerintahannya? Tindakan Saidina Abu Bakar ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya kesalahan murtad ini sekiranya tidak dicegah, mampu menjadi virus pada akidah umat Islam sehingga menyebabkan kelemahan dan kemunduran Islam pada masa akan datang.

Justeru itu, semua pihak termasuklah pemerintah, pihak berkuasa dan segenap lapisan masyarakat harus sedar bahawa memelihara agama atau ‘hifz ad-din’ adalah satu kewajipan yang perlu berada dicarta terpenting untuk dipelihara berbanding dengan maqasid syariah yang lain demi kesejahteraan bersama.

Sumber: Bayan Linnas – Siri ke-55, Berita Harian- 6 APR 2020, MYNEWSHUB.CC