Khomeini atau dikenali sebagai Imam Khomeni telah dinobatkan oleh kelompok Syiah sebagai imam yang kononnya dilantik sebagai wakil bagi Imam Mahdi. Kitab-kitab karyanya seperti al-Hukumah al-Islamiyah, Wilayatul Faqih, Kitab Kasyf al-Asrar, Kitab Tahrir al-Wasilah dan lain-lain lagi telah menjadikan beliau tersohor sebagai seorang ulama besar, menjadi pujaan dan dianggap maksum oleh golongan Syiah.
Seperti mana yang terlihat dalam satu posting laman Facebook ‘Tok Ayah Abah’ yang dilihat seorang yang tegar berfahaman Syiah berkongsikan gambar Khomeini dengan penyataan “If you are connected to the never-ending #divine #source of #strength snd #richness, then you will not need anyone else”.
Penyataan secara terbuka di laman media sosial tersebut menunjukkan dia sangat menyanjungi Khomeini dan adalah sangat bahaya jika tidak dibendung oleh pihak yang sepatutnya kerana ianya mampu mempengaruhi umat Islam khususnya untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Khomeini kononnya demi keberkatan hidup dan dijalan yang benar berbanding dengan fahaman ASWJ.
Antara pendapat-pendapat Khomeini yang dianggap sesat dan kontroversi adalah seperti berkaitan kedudukan para imam Syiah yang dikatakan mempunyai kedudukan yang tinggi sehingga melebihi kedudukan para Rasul dan Malaikat, maksum, semua kata-kata dianggap benar dan tidak pernah salah, tidak pernah lupa dan lalai. Sebelum diciptakan alam ini mereka adalah cahaya yang duduk mengelilingi Arasy Allah S.W.T.
Sedarlah bahawa, Fahaman yang disebarkan oleh Imam Khomeini ini menjadi asas pegangan kumpulan Syiah sekarang ini yang memang jelas sesat lagi menyesatkan dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, mengapa masih lagi ramai umat Islam mempercayainya?
Sumber: Buku ‘Syiah Komplot Tawan Dunia’ oleh Sheikh Abu Muhammad Musanna.