Golongan Syiah mengembangkan fahaman mereka dengan cara mengamalkan akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.
Namun, umat Islam di Malaysia usah khuatir kerana ada cara untuk mengenalpasti penganut berfahaman Syiah ini melalui cara mereka beribadat dan menguruskan sesuatu majlis berkaitan agama Islam. Antaranya adalah:
i. Selalu memuji ahlul bait secara berlebihan;
ii. Mengagungkan imam-imam Syiah;
iii. Pelaksanaan ibadah berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (tidak membasuh kaki ketika berwuduk, berdiri ketika solat dengan menjatuhkan tangan ke bawah, tidak mengakhiri solat dengan salam tetapi memukul kedua peha beberapa kali, solat hanya ada tiga waktu dan menjamakkan solat tanpa musafir).
Di bulan puasa pula, penganut Syiah yang tidak berbuka ketika tenggelamnya matahari sebagaimana Sunni, bersiap untuk menunaikan ibadah solat maghrib yang dijamakkan dengan isyak. Kebiasaannya, mereka akan mengumandangkan azan 15 minit selepas masuknya waktu azan umat Islam yang lain dengan tujuan untuk menunda waktu berbuka dan menganggap solat dalam keadaan berpuasa itu adalah lebih besar pahalanya.
Selain itu, Syiah turut tidak melaksanakan terawih kerana bagi mereka solat terawih hanyalah sunat. Ideologinya, solat sunat seharusya dilakukan secara bersendirian dan demikian lebih baik terawih itu digantikan dengan ceramah.
Kesimpulannya, janganlah tersalah fikir bahawa mereka adalah sebahagian daripada mazhab dalam Islam. Sebaliknya, golongan Syiah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar dan mereka hanya mengadaptasi kehidupan Islam dengan cara dan tafsiran yang tersendiri hanya untuk berpura-pura. Perbuatan sebegini bertepatan dengan akidah yang dipegang Syiah iaitu taqiyyah.
Sumber: Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan suara.com