Home Ateis MENYANGGAH KESESATAN ATEIS!!! TERLALU BANYAK KEJADIAN DI ALAM INI YANG MEMBUKTIKAN WUJUDNYA...

MENYANGGAH KESESATAN ATEIS!!! TERLALU BANYAK KEJADIAN DI ALAM INI YANG MEMBUKTIKAN WUJUDNYA ALLAH SWT (SELF-EVIDENT TRUTHS) – KENAPA MASIH TERPENGARUH DENGAN ATEIS?

394
0

Mengapa persoalan berkenaan kewujudan Allah menjadi soalan utama? Ia tidak sewajarnya disoal “Adakah Tuhan Wujud?” Sewajarnya soalan yang tepat adalah “Apa hujah yang ada untuk menolak kewujudan Nya? Daripada perspektif ini, maka ateisme adalah tidak bersifat tabii.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dinamakan sebagai ‘self-evident truths’ yang menunjukkan wujudnya Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Mengatur segalanya. Antaranya adalah:
i- Keseragaman alam semulajadi;
ii- Peraturan sebab musabab;
iii- Kebenaran masa silam;
iv- Keabsahan pertimbangan atau pemikiran kita;
v- Kewujudan alam semulajadi.

Semua di atas tidak memerlukan pembuktian kerana ianya sudah jelas kebenaran dan realitinya dalam diri kita sendiri. Selain itu, ada beberapa ciri ‘self-evident truths’ yang disepakati iaitu:
i- Ia tidak menjadi produk dalam budaya tertentu, malah ia bersifat rentas budaya;
ii- Ia tidak dipelajari melalui ilmu aqli atau pemindahan maklumat;
iii- Terbentuk kerana fungsi semulajadi jiwa manusia;
iv- Pentafsiran yang paling mudah tentang dunia.

Terlalu banyak teori sains yang pernah popular dan kemudiannya disanggah mengikut peredaran zaman kerana sifat sains itu sendiri adalah teoritikal iaitu tidak mutlak. Sains hanyalah wasilah atau sebagai alat bagi mencapai kebenaran dan bukanlah penentu bagi segala-galanya. Antara teori sains yang popular dan disanggah dengan teori moden lain adalah ‘emission theory’ (Isaac Newton), ‘special relativity theory’ (Albert Eistein) dan sebagainya.

Apabila sains juga tidak bersifat mutlak, ini membuktikan bahawa tidak semua perkara di dalam al-Quran yang masih tidak dapat dibuktikan oleh sains itu, tidak saintifik kerana tidak logik di akal. Hasilnya, adalah tidak logik untuk terburu-buru menyatakan bahawa Islam itu agama yang tidak sainstifik dan tidak rasional.

Sumber: Bayyan Linnas Siri ke-107, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan