Home Liberalisme BERHATI-HATI DENGAN ‘JARUM HALUS’ DAKYAH LIBERAL!!! KETIDAKSTABILAN POLITIK DI MALAYSIA DIMANIPULASI SEPENUHNYA...

BERHATI-HATI DENGAN ‘JARUM HALUS’ DAKYAH LIBERAL!!! KETIDAKSTABILAN POLITIK DI MALAYSIA DIMANIPULASI SEPENUHNYA UNTUK ‘MENCUCUK’ HATI UMAT ISLAM DENGAN IDEOLOGI SESAT LIBERAL

557
0

Para pendokong ideologi liberal sentiasa mencari alasan bahawa setiap sekatan terhadap orang Islam yang ingin murtad, yang ingin ‘bebas’ bertingkahlaku diinterpretasikan sebagai melanggar hak asasi manusia.

Sebagai contoh, terdapat satu gerakan liberal yang menyeru bahawa rakyat berhak mengundi mana-mana individu terutamanya pemimpin bukan Islam dan boleh menjadikan pemimpin bukan Islam sebagai pemerintah yang agung, memperjuangkan hak kebebasan secara mutlak dan tidak perlu menjadikan agama sebagai rujukan utama.

Perkara ini dilihat sebagai satu dakyah halus dalam mencetuskan persepsi negatif terutamanya dalam kalangan generasi terkini. Meminggirkan agama atau tiada keperluan utama dalam keagamaan adalah satu keganasan persepsi yang perlu ditangani segera. Bagi Pilihanraya Umum pada masa akan datang, anak-anak muda yang berusia 18 tahun sudah diberikan kelayakan untuk mengundi. Baru sahaja selesai SPM, tidak banyak lagi pengalaman hidup, hanya terdedah dengan propaganda-propaganda di sosial media menghasilkan kecenderungan pemikiran terhadap pemimpin-pemimpin Islam itu ketinggalan, pemikiran tidak terbuka dan jumud serta menyekat kemodenan adalah tinggi.

Sedarlah bahawa liberal ditubuhkan untuk menggambarkan kepada Barat dan masyarat bahawa Islam sebenar adalah agama bebas dan tidak terikat seperti difahami dan dipraktikkan ulama mujtahid. Hakikatnya mereka adalah golongan sesat yang mengagungkan akal dan memperhambakan diri kepada Barat demi kepentingan politik dan diri masing-masing.

Kononnya Barat adalah simbol kemajuan, mempunyai kepakaran dalam semua bidang dan perlu dijadikan contoh. Hakikatnya, belajarlah sejarah dahulu, semua ilmu-ilmu tersebut sebenarnya datang dari kegemilangan para ilmuwan Islam terdahulu kemudian ianya dicedok oleh pemikir Barat dan menjenamakan semula sesebuah ilmu tersebut kononnya miliknya. Buat kajian dahulu, barulah boleh menilai Islam.

Sumber: Berita Harian- 29 FEB 2016