Home KRISTIANISASI GERAKAN EVANGELISME YANG MENGGERUNKAN!!! MERANCANG SECARA RAPI DAN TERSUSUN UNTUK MENGKRISTIANKAN UMAT...

GERAKAN EVANGELISME YANG MENGGERUNKAN!!! MERANCANG SECARA RAPI DAN TERSUSUN UNTUK MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

2581
0

Dalam sejarah perkembangan Islam, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah ia terus menjadi agama paling popular mengalami gangguan atau serangan oleh pihak yang anti-Islam. Gangguan dan serangan itu berlaku kini secara terbuka serta tidak berselindung lagi. Terdapat banyak faktor gangguan itu berlaku, namun yang paling jelas ialah bertujuan meruntuhkan akidah umat Islam dan seterusnya meruntuhkan terus Islam itu sendiri.

Kristianisasi adalah salah satu faktor berlakunya peningkatan bencana murtad. Gerakan kristianisasi ini seolah-olah mengambil kesempatan dari kelalaian dan kelemahan jati diri umat Islamitu sendiri selain Kristian merupakan agama yang paling aktif menggerakkan usaha misionari untuk menarik penganut agama lain khususnya Islam untuk menganut agama tersebut.

Sebagai contoh gerakan evangelisme yang merupakan gerakan misionari di bawah mazhab Evangelical yang memfokuskan usaha penyebaran agama Kristian melalui pelbagai cara pendekatan termasuk usaha yang bersifat ofensif. Gerakan ini menuntut komitmen yang tinggi dalam diri pendakyah Kristian, persiapan yang rapi dari segi fizikal, mental, rohani dan merupakan gerakan yang paling aktif di Malaysia.

Gerakan kristianisasi ini dilakukan secara tersusun dan terancang sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hakikatnya, gerakan evangelism ini mempunyai ‘mastermind’ di peringkat antarabangsa yang mengawal pergerakan, menyusun strategi, melakukan penyelidikan dan melatih anggota-anggota yang berkaliber untuk menggerakkan misi mereka. Keseragaman usaha mereka inilah menjadikan gerakan mereka amat licik dan jika berlaku sesuatu khususnya berkaitan pertembungan dengan Islam, ia terus mendapat sokongan kukuh dan perhatian dari seluruh dunia.

Umat Islam di Malaysia hanya menyedari dan dikejutkan oleh gejala buruk ini apabila berlakunya kes murtad. Umat Islam seolah-olah gagal mengesan masalah ini sejak dari awal. Inilah gambaran berjayanya strategi kristianisasi mereka.

Kesanggupan mendakwa tidak amalkan Islam sejak dari kecil, penggunaan alasan perkahwinan untuk menukar agama, pengunaan hak kebebasan individu sebagai pemangkin usaha dan kelemahan kesatuan umat Islam dalam menangani kesatuan gerakan Kristian merupakan faktor utama berlakunya murtad dan seharusnya diambil iktibar dan perhatian yang serius oleh setiap umat Islam.

Sumber: Buku Pendedahan Agenda Kristian- Majlis Agama Islam Selangor