Home Ajaran Sesat GOLONGAN QUR’ANIS? GOLONGAN SESAT YANG HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN TETAPI MENOLAK HADIS...

GOLONGAN QUR’ANIS? GOLONGAN SESAT YANG HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN TETAPI MENOLAK HADIS BERHATI-HATILAH DENGAN DAKYAH MEREKA!!!

36
0

Terdapat pelbagai serangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam demi memastikan kehendak wahyu itu tidak menewaskan kehendak hawa nafsu yang menjadi pegangan mereka.

Salah satu serangan musuh Islam adalah serangan berbentuk dalaman iaitu serangan pemikiran daripada golongan Islam itu sendiri. Antaranya adalah serangan yang datangnya dari golongan Qur’anis.Golongan ini wujud kerana mereka percaya bahawa umat ini tidak akan sesat selama mana berpegang kepada dua sumber utama (al-Quran dan as-Sunnah). Jadi untuk merosakkan umat ini mereka merancang untuk merosakkan sumber pensyariatan yang menjadi pegangan umat Islam.

Disebabkan mereka mempercayai bahawa al-Quran itu terlalu kuat dan jelas sumbernya yang sukar bagi mereka untuk merosakkannya, maka mereka cuba bertindak untuk memesongkan kefahaman as-Sunnah (hadis). Antara alasannya untuk merosakkan kepercayaan umat Islam terhadap hadis adalah bilangan hadis yang terlalu luas. Disebabkan hadis banyak memberi penjelasan kepada kaedah-kaedah dan amalan syarak yang dinyatakan secara umum di dalam al-Quran, maka jika as-Sunnah atau hadis diabaikan oleh umat Islam, maka syariat Islam akan menjadi cacat atau tempang

Golongan seperti ini sebenarnya telah wujud semenjak dahulu lagi. Imam Syafie pernah menceritakan bagaimana golongan ini menggunakan hujah-hujah yang sama seperti mana golongan qur’anis gunakan pada hari ini. Mereka berpandangan bahawa al-Quran itu telah sempurna tanpa hadis. Selain itu, mereka juga berhujah bahawa bertembungnya al-Quran dan hadis, cara periwayatan hadis yang meragukan dan sebagainya.

Ulama sejak zaman dahulu lagi telah menyatakan kelompok yang membawa fahaman songsang ini bukanlah daripada umat Islam dan mereka ini dikategorikan sebagai sesat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan kumpulan seperti ini bukanlah baru, mereka menggunakan hujah yang sama berulang kali walaupun hujah mereka itu jelas lemah.

Apa yang dicari oleh mereka dalam hujah-hujahnya bukanlah kebenaran tetapi ianya adalah fahaman sesat yang cuba disuntik ke dalam jiwa umat Islam bagi merosakkan akidah dan agama Islam itu sendiri. Mereka ini adalah rantaian kepada kumpulan musuh Islam yang selama ini cuba merosakkan Islam daripada dalam. Hakikatnya kelompok ini bukanlah memperjuangkan al-Quran seperti mana dakwaan mereka, tetapi mereka ini adalah kelompok yang cuba meruntuhkan syariat Islam itu sendiri.

Sumber: Majlis Ulama ISMA (MUIS)