Home Syiah PEMBOHONGAN SYIAH!!! JANGAN TERTIPU DENGAN SAMBUTAN HARI AL-QUDS SEDUNIA PADA JUMAAT TERAKHIR...

PEMBOHONGAN SYIAH!!! JANGAN TERTIPU DENGAN SAMBUTAN HARI AL-QUDS SEDUNIA PADA JUMAAT TERAKHIR BULAN RAMADHAN YANG DIRAI GOLONGAN SYIAH

400
0

Setiap jumaat terakhir bulan Ramadhan, golongan Syiah akan menyambut Hari al-Quds Sedunia dengan tujuan untuk memperingati perjuangan umat Islam membebaskan Palestin dari penjajahan Zionist. Sebenarnya sambutan Hari al-Quds Sedunia tersebut diasaskan oleh Khomeini, Imam Besar Syiah yang kononnya bagi memperlihatkan Syiah sebagai pejuang pembebasan kota al-Quds dari Yahudi. Pada hari tersebut, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster dan gambar-gambar Khomeini sebagai lambang perjuangan Syiah terhadap pembebasan al-Aqsa.

Menurut Sheikh Yusuf Qardhawi, sepatutnya sambutan hari al-Quds ini disambut oleh umat Islam pada setiap 21 Ogos sebagai Hari al-Aqsa Sedunia iaitu sempena peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa oleh pelampau Zionist. Atau boleh juga diadakan sambutan pada 27 Rejab sempena pembebasan al-Quds (Baitul Maqdis) oleh Salahuddin al-Ayubi pada tahun 538 H. Soalnya, apakah sumbangan Khomeini dan Syiah terhadap perjuangan Palestin? Pernahkah darah Syiah mengalir di bumi Palestin?

Tahukah kita bahawa bapa kemerdekaan Palestin setelah diperintah 12 Kurun oleh Babylion, Yunani, Parsi dan Rom adalah seorang sahabat yang agung iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a. Namun, Saidina Umar menjadi bahan cercaan dan kutukan golongan Syiah malah mengkafirkannya. Bapa kemerdakaan kedua selepas ditawan oleh tentera salib selama 92 tahun ialah Sultan Salahuddin al-Ayubi. Beliau adalah seorang Sunni. Bahkan Syiah tidak pernah mengiktiraf masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin. Malah dalam kitab Syiah menyatakan tidak ada masjid al-Aqsa dan tempatnya di langit. Bahkan golongan Syiah mendakwa bahawa masjid Kuffah di Iraq lebih baik berbanding Masjid al-Aqsa di Palestin.

Sedangkan bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjidil Aqsa di Palestin adalah masjid yang ketiga terbaik di bumi ini selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah. Oleh itu, umat Islam jangan sama sekali terpengaruh dengan agenda Syiah untuk mempromosi Hari al-Quds Sedunia sebagai mengenangkan jasa pemimpin Syiah yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin, sedangkan pengorbanan tokoh-tokoh Syiah ke atas bumi Palestin tidak pernah wujud. Mereka ingin mengelabui mata umat Islam antarabangsa dan menjulang nama Khomeini dan Syiah.

Sumber: Bahagian Penyelidikan, JAKIM