Minggu ini sahaja telah menunjukkan beberapa episod berlakunya isu penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang Islam sendiri jika dilihat dari nama di kad pengenalannya. Walaupun perkara ini memalukan, namun inilah realitinya yang perlu dihadapi oleh umat Islam sekarang. Dalam beberapa kes tersebut, pasangan yang menghina Islam itu telah ditahan dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM40, 000.
Pasangan tersebut tanpa rasa malunya telah memohon bantuan kutipan dana daripada orang ramai untuk menampung ikat jamin mereka. Namun, tidak menjadi satu kejutan apabila ada pihak yang sudi membantu pihak yang menghina Islam kononnya dikatakan atas tujuan menyokong hak kebebasan. Pihak tersebut dikenali sebagai Lawyers for Liberty (LFL) iaitu yang merupakan NGO liberal yang memperjuangkan hak asasi manusia dan mendapat dana daripada National Endowment for Democracy (NED) di Amerika Syarikat.
Pemimpin LFL ini terdiri daripada Latheefa Koya yang merangkap sebagai pengasas atau Ketua Esekutif LFL dan pernah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh kerajaan Pakatan Harapan. Kedua, Eric Paulsen sebagai pengasas bersama LFL yang merupakan peguam hak asasi yang beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan pernah dilantik sebagai Ahli MPKM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ketiga, N. Surendran, pengasas bersama LFL, pernah digantung keanggotaan Dewan Rakyat dan pernah menjadi peguam kepada Adam Adli iaitu aktivitis yang didakwa atas Akta Hasutan.
Senario ini memperlihatkan bahawa dengan wujudnya sebuah badan rasmi di Malaysia yang memperjuangkan fahaman liberal dan disokong oleh badan-badan antarabangsa sama ada dengan bantuan dana atau sokongan moral adalah suatu perkara yang perlu diberikan perhatian yang lebih serius kerana sekiranya sikap menghina agama Islam dikategorikan sebagai hak kebebasan, maka sudah tentu semakin ramai yang akan membuat ‘onar’ terhadap agama Islam sendiri.
Sokongan daripada ahli politik dan ahli-ahli profesional secara terang-terangan atau sembunyi terhadap fahaman liberal boleh menjadikan negara huru-hara kerana mereka berani menyentuh perkara-perkara berkaitan sensitiviti agama. Justeru itu, sekatlah perkara ini dari terus berleluasa dengan mengetatkan undang-undang khusus seperti mewujudkan semula akta seperti ISA dan sebagainya. Pada luarannya nampak seperti kejam hukuman di bawah ISA ini, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengawal tingkahlaku individu-indiivu mahupun kumpulan berkepentingan selain memelihara kemanan negara.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haqcentre dan Gerakan Pengundi Sedar (GPS)