Home Liberalisme AWAS!!!! FAHAMAN LIBERALISME ADALAH FAHAMAN YANG BERASASKAN IDEALOGI DAN NILAI-NILAI BARAT...

AWAS!!!! FAHAMAN LIBERALISME ADALAH FAHAMAN YANG BERASASKAN IDEALOGI DAN NILAI-NILAI BARAT YANG BOLEH MENGGUGAT AKIDAH UMAT ISLAM

2157
0

Penyebaran fahaman liberalisme adalah antara bentuk penghinaan terhadap agama Islam yang paling banyak berlaku semenjak kebelakangan ini. Sejak awal abad ke-20, bermulanya kemunculan cendiakawan-cendiakawan Islam yang berfikiran liberal dan giat mempromosikan idea-idea dan nilai-nilai Barat yang bercanggah dengan akidah dan akhlak Islam.

Fenomena ini didorong oleh rasa rendah diri yang dirasai oleh sebahagian individu yang beragama Islam akibat kemunduran umat Islam yang telah mengalami kejatuhan peradaban dan seterusnya penjajahan ratusan tahun lamanya oleh penjajah Barat ke atas negara umat Islam di seluruh dunia.

Adaptasi peradaban Barat atau amalan-amalan daripada Barat bukanlah sesuatu perkara yang salah, malah ada juga yang telah diterima umum dalam masyarakat, namun ada sebahagiannya yang didapati jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan akidah serta jati diri umat Islam.

Pandangan cendikiawan Islam yang sebegini sebenarnya adalah menyamai pandangan beberapa orientalis Barat seperti Ignaz Goldziher, Joseph Shahct dan NJ Culson yang sekian lama mendakyahkan dengan mengatakan bahawa syariat Islam sebagai legasi ciptaan fuqaha zaman silam yang tidak sesuai dengan zaman sekarang. Mereka mendakwa ia kononnya disusun selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu pada era kerajaan Islam Umaiyyah dan Abbasiyah.

Acuan pemikiran mereka adalah berpandukan logik akal semata-mata dalam memahami hal agama dan cuba memisahkan antara urusan agama dengan urusan dunia yang lain.

Perkara-perkara ini berlaku sebenarnya disebabkan kesan modenisme semasa yang menyebabkan berkembangnya fahaman liberalisme dan idea kontroversi ini diketengahkan atas alasan menunaikan hak kebebasan individu.

Sumber: “Islam dan Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah”, Jurnal Afkar Vol. 20 (2018).