Label ‘Ex-Muslim’ banyak digunakan oleh misionari Kristian untuk mendakyah serta meyakinkan Muslim lain yang rapuh iman mereka untuk keluar daripada akidah tauhid yang suci. Mereka mahu mengatakan seolah-olah Muslim boleh mempercayai mereka kerana mereka juga dahulunya ‘pernah Islam’.
Teknik ini banyak digunakan di Iraq, Syria, Afghanistan dan Palestin oleh misionari yang tidak kisah menggunakan pendekatan penipuan untuk memurtadkan Muslim. Mereka sanggup menipu atau menyamar sebagai ‘Ex-Muslim’ untuk mendoktrinkan pemikiran umat Islam, namun terbongkar apabila tidak tahu membaca semudah-mudah surah seperti Surah al-Fatihah.
Selain itu, ada juga yang menggunakan label ‘Ex-Muslim’ untuk dikasihani, memperoleh kedudukan tinggi, menghasilkan ‘channel’ tular, meraih perhatian dan sebagainya demi membuktikan kebenaran tindakan untuk keluar daripada Islam.
Apa yang boleh disimpulkan adalah golongan yang memegang label ‘Ex-Muslim’ cuba menunggang label tersebut sebagai batu loncatan untuk menjatuhkan imej Islam dan mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan ideologi agamanya yang sesat. Sedangkan mereka tidak sedar sebenarnya merekalah yang telah tertipu daya dengan penipuan misionari Kristianisasi sehingga menyesatkan akidahnya.
Justeru itu, berhati-hatilah dengan dakyah yang memesongkan dan tetaplah pegangan agama dalam diri walau dalam keadaan apa jua sekalipun kerana yang pastinya musuh-musuh Islam tidak pernah akan berhenti menyesatkan umat Islam.
Sumber: fakirilmu.com