Home Kemanusiaan/Motivasi USAH TANGKAP MUAT DALAM MEMILIH PEMIMPIN..PILIHLAH PEMIMPIN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN HAL KEBAJIKAN...

USAH TANGKAP MUAT DALAM MEMILIH PEMIMPIN..PILIHLAH PEMIMPIN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN HAL KEBAJIKAN DAN JUGA URUSAN AGAMA

494
0

Tinggal kurang dari 24 jam sahaja lagi sebelum kita menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum kali ke-15 (PRU15) pada esoknya, Sabtu 19 November 2022. Bahang sudah pun mula di rasai di seluruh negara dalam menentukan parti mana yang akan dibentuk sebagai Kerajaan Persekutuan dan seterusnya akan mentadbir Malaysia selama lima tahun akan datang. Apa yang pasti, sebagai rakyat Malaysia sudah tentu kita mahukan kepimpinan yang terbaik dan mampu membawa kestabilan, keamanan serta keharmonian di dalam negara ini.

Akan tetapi, dalam keghairahan kita memilih pemimpin mana yang layak untuk mentadbir sesebuah kawasan, jangan kita lupa bahawa sebagai seorang Muslim kita seharusnya mendahulukan pemilihan di kalangan pemimpin yang mampu membawa kita dekat ke jalan Allah SWT. Kepimpinan antara isu sangat mustahak diperbincangkan kerana ia membabitkan masa depan negara dan kemajuan rakyatnya. Dalam Islam, nilai utama pemimpin ialah amanah, bukannya soal populariti. Sabda Rasulullah SAW:

“Sekiranya tampuk kepimpinan jatuh kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah hari pembalasan.” (HR Bukhari).

Bukan itu sahaja, dalam soal memilih pemimpin kita hendaklah memilih pemimpin yang tidak menjadikan Islam sebagai bahan sendaan mereka. Ini dapat dilihat apabila salah seorang calon Muslim yang bertanding dalam PRU15 kali ini pernah memuatnaik kenyataan berbalas komen terhadap satu ‘posting’ tentang isu cosplay Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di mana beliau menyokong ‘posting’ tersebut. Ini suatu perbuatan yang sangat melampau dan tidak keterlaluan dianggap menyesatkan. Inilah sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa Baginda sangat takut akan kehadiran pemimpin-pemimpin yang menyesatkan. Baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku bimbang ke atas umat aku akan (kemunculan)pemimpin (atau ulama) yang menyesatkan.” (Sunan Abu Daud).

Ingatlah, pemimpin itu bukan individu ‘tangkap muat’ hingga usaha pemilihannya perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh, barulah terlepas daripada tuntutan kewajipan dalam pemilihan amanah kepimpinan. Pilihlah pemimpin yang benar-benar memahami maksud kepimpinan dan kepemimpinannya itu bertujuan untuk mendaulatkan Islam. Kesilapan dalam melantik pemimpin boleh membawa kepada kezaliman seperti salah guna kuasa dan huru-hara yang boleh dilakukan rakyat apabila tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Sumber: Berita Harian (16 Ogos 2019)