Di Barat terdapat sabuah program yang menyebabkan pemecahan keyakinan terhadap Tuhan dan alam. Menurut Don Juan, dalam program ini ditanamkan kebencian terhadap agama. Kesannya dapat dilihat apabila berlakunya peningkatan jumlah individu yang menjadi liberalis, ada yang ingkar terhadap Tuhan (ateist), ada yang ingkar terhadap agama (infidel), dan ada pula yang menolak terus pengetahuan tentang Tuhan serta kewujudannya (agnostic).
Ateisme yang berkembang di Barat bukan hanya sekadar tersebar dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan, namun turut menawarkan konsep dalam bentuk kebebasan untuk tidak memiliki agama dalam hidup. Wacana ateisme menjadi satu wacana yang sangat ekstrem kerana mengingatkan akan ketidakpercayaan terhadap kewujudan Tuhan dan penciptaan alam. Sehingga timbul sikap naturalisme yang menyatakan bahawa alam itu berdiri sendiri dan tidak ada campur tangan dari Tuhan.
Persoalannya, mengapa peningkatan jumlah individu yang berada dalam kategori ateis meningkat di kawasan Timur atau negara-negara Islam mahupun Malaysia? Sedangkan Islam telah mempunyai asas yang kukuh terhadap persoalan mengenai Tuhan.
Sumber: Jurnal Studi Agama-Agama dan Pemikiran Islam – Vol. 17(1), 2019 – Universitas Darussalam Gontor