Home Ajaran Sesat ISU USTAZAH AFIFAH YANG MENGELIRUKAN UMAT ISLAM – JANGAN CAKAP TENTANG AGAMA...

ISU USTAZAH AFIFAH YANG MENGELIRUKAN UMAT ISLAM – JANGAN CAKAP TENTANG AGAMA KALAU JAHIL AGAMA TERUTAMA TENTANG MASALAH FIQAH

881
0

Di sosial media sering kali terlihat seorang wanita yang mendakwa dirinya ustazah Afifah mengeluarkan kenyataan kontroversi mahupun hukum syarak yang mengelirukan umat Islam. Segala permasalahan fiqah diharamkan tanpa ada penjelasan yang jelas.

Contohnya, suami dikatakan dayus jika membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi ketika isteri bersalin. Pada hakikatnya terdapat kemaslahatan yang membenarkannya jika kena pada syaratnya dan telah dibahaskan oleh para ulama yang muktabar. Kedua, isu bersalaman dengan artis adalah haram. Dalam Islam menghukumkan jika bersalaman dengan golongan bukan mahram tetap haram tidak kira artis mahupun tidak. Selain itu banyak lagi isu-isu lain yang mengundang perselisihan faham.

Secara tidak langsung perkara ini dilihat mengelirukan umat Islam dan dikhuatiri ada yang terpengaruh dengan dakwaan ‘ustazah jadian’ ini. Pada masa yang sama, tindakan wanita ini telah memberi imej yang buruk kepada golongan para pendakwah yang bergelar ustaz dan ustazah yang seharusnya membimbing ke jalan yang benar bukannya lebih menyesatkan. Jangan menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk mencari populariti dengan mengulas perkara-perkara yang mengelirukan, sedangkan jahil dalam beragama.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – 2022