Home Liberalisme AWAS!!!! 3 BAHAYA FAHAMAN ISLAM LIBERAL YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM

AWAS!!!! 3 BAHAYA FAHAMAN ISLAM LIBERAL YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM

1095
0

Liberalisme merupakan suatu kepercayaan dan cara berfikir yang terbuka menggunakan logik akal semata-mata. Liberalisme meletakkan kebebasan sebagai prinsip tertinggi dalam membebaskan individu daripada kawalan moral atau peraturan agama sehingga boleh menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat.

Meskipun secara dasarnya fahaman liberal ini dilihat membawa semangat-semangat positif seperti mahukan kemajuan, kebebasan, kecemerlangan, menentang pemikiran jumud, sikap taklid buta dan lain-lain, namun jika diteliti secara halus ianya sangat bahaya dan mendatangkan kemusnahan yang besar kepada akidah dan pegangan masyarakat yang beragama Islam.

Kini, penambahan bilangan individu yang murtad kerana terpengaruh dengan pemikiran liberal yang mahu kebebasan dan tidak mahu terikat dengan syariat Islam semakin meningkat dan membimbangkan. Kenapa perkara ini boleh berlaku dan kenapa pemikiran liberalisme atas nama Islam liberal ini sangat bahaya?

Terdapat 3 perkara utama kenapa pemikiran dan fahaman liberalisme yang bertopengkan Islam (Islam Liberal) ini sangat bahaya kepada umat Islam di negara ini

Pertama, Islam liberal membuat penafsiran tentang kebebasan individu dalam beragama sangat umum dan amat longgar kerana berdasarkan logik akal semata-mata sehingga memberi hak kepada orang Islam untuk menukar agama dengan bebas. Jika peluang ini diberikan sudah tentu semakin ramai yang akan murtad dengan jayanya.

Kedua, kecelaruan pemikiran orang-orang berfahaman liberal yang memang anti golongan agama. Liberalisme agama dibentuk dengan tujuan menentang golongan fundamentalis agama. Dengan penafsiran bebas yang didokonginya itu, mereka mempersoalkan perkara-perkara pokok seperti, apakah Allah itu mutlak? Apakah masalah iddah bagi perempuan selepas bercerai masih relevan pada masa kini? Apakah dengan menggunakan iddah ke atas perempuan merupakan satu bentuk deskriminasi gender?

Ketiga, Islam liberal adalah hasil daripada pengaruh gerakan liberalisme global agenda Barat yang ingin menghapuskan fahaman agama. Ia bukan sahaja muncul sebagai manifestasi daripada pemikiran seorang tokoh tertentu, malah liberalisme adalah fenomena global yang menular seiring dengan globalisasi, imperialisme budaya dan pemikiran Barat. Gerakan liberalisme global ini memang bergerak untuk memperjuangkan kebebasan mengikut acuan Barat dan cuba menghapuskan kefahaman agama terutamanya agama Islam yang dianggap mengongkong kebebasan individu.

Oleh itu, pemikiran masyarakat Islam yang dilihat mula menilai sesuatu mengikut kerangka dan acuan liberalisme Barat perlulah dikekang sepenuhnya sebelum ianya menjadi parah dan merosakkan pegangan akidah seseorang individu Islam di negara ini.

Sumber: Jurnal Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM.