Home Kemanusiaan/Motivasi HENTIKAN MENCARI SALAH ORANG LAIN KERANA IA SEBURUK-BURUK PERLAKUAN DAN DIMURKAI ALLAH...

HENTIKAN MENCARI SALAH ORANG LAIN KERANA IA SEBURUK-BURUK PERLAKUAN DAN DIMURKAI ALLAH SWT

1116
0

Salah satu kebiasaan tabiat yang sering kali terdapat dalam diri manusia adalah mencari kesalahan orang lain. Tabiat ini sering sahaja berlaku dikalangan kita sama ada akibat rasa tidak puas hati ataupun memang sengaja ingin mencari kesalahan individu tersebut agar kelihatan jelek pada pandangan orang ramai atau lebih tepat lagi ingin mengaibkannya.

Tahukah kita bahawa Allah SWT amat membenci perilaku tersebut? Bahkan Allah SWT juga telah memberi amaran dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Islam merupakan agama yang menjunjung tinggi rasa perdamaian dan boleh dikatakan bahwa Islam adalah agama damai. Buruk sangka dan suka mencari salah orang lain adalah perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT dan boleh membawa kepada perpecahan ummah. Apabila timbul buruk sangka, sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan timbul sehingga terbuka kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu.

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka dan mencari salah orang lain adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat. Bagi mengelakkan terpengaruh dengan segala perkhabaran yang tidak dipastikan kesahihannya, penting untuk kita sentiasa peka dan memahami situasi dilalui oleh individu berkenaan. Jika diabaikan perkara sebegini, sifat buruk sangka akan sentiasa berlanjutan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.” (HR Bukhari)

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghentikan perilaku seperti ini. Di dalam agama Islam juga telah diajarkan yang para Muslim harus sentiasa bersangka baik (husnudzon) terhadap semua perkara kecuali sekiranya perkara itu sudah disahkan kesahihannya. Apabila menerima maklumat atau berita negatif mengenai sesuatu berkaitan peribadi seseorang, selidik (tabayyun) terlebih dahulu. Islam mendesak umatnya supaya mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Sumber: Berita Harian “Wajib taubat jika buruk sangka” (13 Jun 2017)