Home Liberalisme PEMBERIAN PrEP KEPADA GOLONGAN HOMOSEKSUAL BUKTI JELAS PEMAHAMAN LIBERAL SEMAKIN MEMPENGARUHI PEMIKIRAN...

PEMBERIAN PrEP KEPADA GOLONGAN HOMOSEKSUAL BUKTI JELAS PEMAHAMAN LIBERAL SEMAKIN MEMPENGARUHI PEMIKIRAN UMAT ISLAM SEDARLAH BAHAWA MENJAGA AGAMA ADALAH LEBIH UTAMA DARI MENJAGA NYAWA!!!

506
0

Isu PrEP (Pre-Exposure prephylaxis) menjadi satu isu kontroversi apabila golongan homoseksual turut mendapat ‘layanan istimewa’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendapatkan ubat tersebut sebagai langkah pencegahan penyakit HIV. Projek rintis tersebut mendapat bantahan ramai termasuk mufti yang telah melarang pemberian ubat PrEP terhadap golongan homoseksual kerana dianggap bersubahat dalam perkara dosa dan kemaksiatan.

Namun, disebalik nasihat mufti ada juga pihak-pihak yang mempertikaikan kononnya telah berlaku diskriminasi terhadap golongan LGBT. Golongan berfahaman liberal ini turut mendakwa, PrEP perlu diberikan tanpa ada diskriminasi dan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit HIV dari terus merebak. Lebih melampau apabila menggunakan kaedah syariah bagi menjustifikasikan tindakan keharusan memberi PrEP kepada golongan tersebut.

Dalam isu ini bertembung dua kemudaratan iaitu untuk menjaga agama atau menjaga nyawa. Maqasid Syariah menetapkan bahawa menjaga agama adalah lebih utama dari menjaga nyawa. Oleh sebab itu, usaha pencegahan dan rawatan perlu seiring. Sememangnya mereka berfahaman liberal mendakwa pemberian PrEP kepada golongan homoseksual boleh mengelakkan mudarat yang lebih besar tetapi sebagai umat Islam sedarlah bahawa hukum asal homoseksual itu adalah haram.

Jika diteliti ayat al-Quran dalam Surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”. Secara analoginya melalui ayat ini Allah SWT menyeru supaya jauhi zina, belumkata zina lagi tetapi jauhi zina terlebih dahulu. Begitu juga dengan pemberian PrEP kepada golongan LGBT ini, analoginya jauhi dahulu perbuatan laknat dan keji itu kerana dengan itu anda akan terselamat dari penyakit HIV. Itulah bukti kukuh dan kerelevanan mengapa Islam lebih mementingkan menjaga agama adalah lebih utama dari menjaga nyawa. Secara tidak langsung juga dapat dilihat bahawa penularan fahaman liberal secara halus semakin berleluasa tanpa disedari.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Berita Harian – 20 DIS 2022