Home Syiah SYIAH BERKONSPIRASI DENGAN PEMERINTAH KRISTIAN UNTUK MENGHANCURKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH –...

SYIAH BERKONSPIRASI DENGAN PEMERINTAH KRISTIAN UNTUK MENGHANCURKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH – KENAPA MASIH ADA YANG TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN SYIAH???

1057
0

Pada tahun 1910, satu persepakatan dalam politik kristianisasi Amerika Syarikat telah ditandatangani antara pemimpin-pemimpin Kristian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan pemimpin-pemimpin Syiah di Iran, Iraq dan Turki di Edinburg, Scortland.

Kesepakatan ini secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Gereja Evangelis Louseri bagi melakukan penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat suku Kurdis Muslim dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdapat di ketiga-tiga negara tersebut.

Persepakatan itu bertujuan untuk:

1. Mengurangi kepadatan penduduk Kurdis Muslim yang seringkali bekerjasama dengan Turki Sunni.

2. Menghancurkan kekuatan mereka dengan mengubah sebahagian besar daripada mereka menjadi Kristian.

3. Meleburkan identiti Kurdis (Ahli Sunnah) dalam nasionalisme Iran

Syiah juga menyamakan Ahli Sunnah dengan golongan kafir harbi, yang bukan sahaja perlu diperangi seperti kafir harbi yang memerangi dan musuhi Islam, bahkan menolong mereka dalam apa jua keadaan dan cara sekalipun tidak dibolehkan oleh Syiah.

Hal ini menunjukkan bahawa ia bukanlah sekadar permainan politik, tetapi ianya adalah keyakinan orang Syiah. Seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap lebih dahsyat kekufurannya daripada seorang Kristian atau Yahudi. Oleh sebab itu, para imam Syiah membolehkan sedekah kepada kafir zimmi dan tidak boleh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kenapa masih ada lagi umat Islam di negara kita ini yang masih terpengaruh dan  mempercayai fahaman Syiah yang sesat ini?

Sumber: Buku ‘Syi’ah Komplot Tawan Dunia’, Sheikh Muhammad Musanna dan Buku ‘Mengenal Hakikat Syiah’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.