Home Ateis KEBIADAPAN GOLONGAN ATEIS!!! BUKAN SAHAJA MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM, MALAH MEMBERI ANCAMAN...

KEBIADAPAN GOLONGAN ATEIS!!! BUKAN SAHAJA MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM, MALAH MEMBERI ANCAMAN KEPADA PRINSIP UTAMA RUKUN NEGARA SERTA PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

455
0

Kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia adalah sangat penting. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, maka prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Oleh sebab itu, kelompok yang menolak kepercayaan kepada Tuhan seperti golongan ateis boleh dianggap sebagai telah memberi ancaman yang hebat kepada nilai pertama yang termaktub dalam Rukun Negara Malaysia. Bukan itu sahaja, malah golongan ateis jelas menyalahi Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Perkara 3 menyatakan kebebasan beragama namun bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama. Golongan ateisme ini bukan sahaja memberi ancaman kepada prinsip yang dipegang oleh Malaysia, malah lebih teruk turut memberi ancaman kepada akidah umat Islam.

Golongan sesat ini boleh diumpamakan “seperti api dalam sekam” yang secara perlahan-lahan akan memusnahkan benteng akidah umat Islam. Justeru itu, pengekangan dan pembasmian fahaman ateisme ini perlulah dilakukan sehabis baik bagi mengelakkan ianya dari terus menyusup masuk ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam khususnya di Malaysia.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor