Home Hizbut Tahrir AWAS DENGAN HIZBUT TAHRIR!!! IDEOLOGINYA IBARAT ‘KANSER’ YANG MAMPU MEMPENGARUHI PEMIKIRAN UMAT...

AWAS DENGAN HIZBUT TAHRIR!!! IDEOLOGINYA IBARAT ‘KANSER’ YANG MAMPU MEMPENGARUHI PEMIKIRAN UMAT ISLAM JIKA TIADA LANGKAH PEMBENDUNGAN

346
0

Ironinya, pertubuhan Hizbut Tahrir sangat bijak dengan memainkan isu Khilafah yang mendakwa mereka berjuang untuk menegakkkan Khilafah Islamiyah sehingga mendapat simpati daripada umat Islam untuk menyokong pergerakannya. Namun, hakikatnya pengasasnya iaitu Taqiyuddin an-Nabhani mengeluarkan ajaran melalui tulisan dan risalah-risalah terbitan Hizbut Tahrir telah mengeluarkan ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Sebagai contoh Hizbut Tahrir mendakwa perbuatan manusia tiada kaitan dengan qada’ dan qadar Allah SWT, menolak hadis ‘ahad’ yang digunakan oleh ASWJ dalam masalah berhubung akidah dan mengeluarkan hukum atau syariat yang bercanggah dengan amalan ASWJ. Bahkan dalam hal akidah, pegangan mereka lebih cenderung kepada pegangan akidah golongan Qodariyah dan Muktazilah yang banyak berdasarkan akal.

Dalam usaha untuk menegakkan sistem Khilafah, mereka mencetuskan kekacauan dengan mengajak masyarakat menolak sistem pemerintahan dan sistem pentadbiran yang ada secara total dan berusaha ke arah untuk menggulingkan kerajaan yang sah. Dalam hal yang berhubung dengan hukum dan syariat, Hizbut Tahrir mengeluarkan hukum-hukum yang pelik yang bertentangan dengan fahaman ASWJ. Antaranya adalah keharusan bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, boleh mencium perempuan yang ‘ajnabiyyah’, tidak haram berjalan untuk tujuan berzina atau liwat tetapi yang haram hanya perbuatan zina atau liwat sahaja, sesiapa yang mati tidak berbai’ah kepada Khalifah mereka sebagai mati dalam jahiliyah dan sebagainya.

Berdasarkan pegangan asas dalam Hizbut Tahrir tersebut yang bercanggah dengan pegangan ASWJ, ia memperlihatkan fahaman Hizbut Tahrir merupakan virus yang sangat bahaya yang ibaratnya seperti ‘kanser’ bagi umat Islam kerana mereka boleh mempengaruhi umat Islam melalui pelbagai strategi dan siri dakyah yang halus serta licik untuk mempengaruhi serta memporak-perandakan umat Islam khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai asas kukuh dalam ajaran agama Islam yang sebenar. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menerima sesuatu perkara yang tidak pasti lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan akidah.

Sumber: Ahmad Faidzurrahim (2012), Buku ‘Menyingkap Hakikat Sebenar Hizbut Tahrir’