Home MURTAD AWAS!!!JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SESAT “JOM MURTAD BERSAMA KAK MEY” DI FB...

AWAS!!!JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SESAT “JOM MURTAD BERSAMA KAK MEY” DI FB DAN “EFTELLA NUA” DI YOUTUBE KERANA BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM

2225
0

Tahun 2016 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan pengakuan secara terbuka sepasang suami isteri di laman media sosial bahawa mereka sudah pun keluar daripada agama asal iaitu Islam dan memilih untuk menganut agama Kristian. Apa yang menjadi masalahnya di sini, mereka bukan hanya sekadar murtad, malah mereka menghina agama Islam, mempermainkan ayat-ayat al-Quran serta menghina Rasulullah SAW.

Kini, mereka giat mempromosikan agama Kristian di laman sosial dengan menggunakan platform Facebook page atas nama “Jom Murtad Bersama Kak Mey” dikendalikan oleh Sharifah Farleaton dan juga saluran youtube “Eftellea Nua” kendalian suaminya, Mohd Yusri ataupun lebih dikenali sebagai Pastor Eadric G Noah. Lebih membimbangkan pasangan ini sering kali membandingkan beberapa potongan ayat al-Quran dengan potongan ayat dalam kitab Bible dengan tujuan cuba untuk memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan belia Islam. Apakah kita masih mahu berdiam diri?

Hal ini pernah dilaporkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 19 Mei 2016, namun tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka kerana mereka bertindak melarikan diri ke Australia dan menetap di sana. Namun, sehingga kini itu mereka terus aktif menyebarkan dakyah untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini menggunakan pendekatan secara maya, malah bertindak menyebarkan ‘posting’nya ke seluruh dunia. FB page tersebut mendapat 873 followers dan 3.11k subscribers di saluran youtube, dan kini sedang hebat dikemaskinikan bagi memberi pendedahan tentang pengakuan atas “kebenaran” agama yang mereka anuti berbanding dengan agama Islam.

Justeru, apa yang patut dilakukan oleh kita sebagai umat Islam pada ketika ini ialah dengan mengekang individu-individu tersebut dari terus melakukan “dakwah kristian” tersebut secara maya dengan cara menyekat saluran-saluran mereka daripada tembus masuk ke dalam platform media sosial negara ini. Mungkin pihak PDRM dan juga Pejabat Mufti serta Jabatan-jabatan Agama Islam seluruh negeri harus bekerjasama dalam memainkan peranan mencegah perkara ini demi untuk menyelamatkan akidah umat Islam di seluruh Malaysia kerana kebarangkalian mereka sekarang ini sedang giat merekrut ‘Missionari Kristian’ dari kalangan belia Islam untuk mempengaruhi dan secara tidak langsung menjejaskan keharmonian dan kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara.

Sumber: Berita Harian “Pasangan Murtad Sejak Setahun Lalu” (20 Mei 2016), FB Page “Jom Murtad Bersama Kak Mey” dan Saluran Youtube “Eftellea Nua”