Home MURTAD BAHAYA FILEM “MENTEGA TERBANG”!!! KENYATAAN DAN JALAN CERITA YANG BOLEH MEMBAWA KEMURTADAN...

BAHAYA FILEM “MENTEGA TERBANG”!!! KENYATAAN DAN JALAN CERITA YANG BOLEH MEMBAWA KEMURTADAN DAN MENYESATKAN UMAT ISLAM

851
0

Filem “Mentega Terbang” adalah sebuah filem kontroversi karya seorang pemuda Melayu-Islam yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di Malaysia. Plot penceritaan filem ini dilihat cuba menyusup masuk agenda pluralisme secara terang-terangan dalam kalangan umat Islam. Filem ini yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti di Festival Filem Aceh 2022 memperlihatkan bahawa ideologi pluralisme ini secara nyatanya menyalahi pegangan Islam yang sebenar mula diterima oleh masyarakat Islam di peringkat global.

Perkara ini menjadi kegusaran oleh masyarakat Malaysia kerana kandungan filem ini mampu mencetuskan provokasi antara kaum dan ketidakharmonian dalam negara disebabkan dialognya yang mengandungi ciri-ciri ‘blasphemy’ iaitu menghina, meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang-terangan. Sebagai contoh dialog yang menimbulkan kontroversi adalah dialog di antara watak utama (Melayu Islam) dengan rakan berbangsa India “saya boleh makan babi, saya tidak kisah”. Perkara ini dilihat sangat melampau dan jika tiada sekatan dibuat dikhuatiri mampu memesongkan pemikiran anak muda ke arah liberalisme, ateisme dan seterusnya jatuh ke lembah kemurtadan.

Biarpun ianya disebarkan melalui platform internet Viu dan ia menjadi kelompongan bagi pihak Lembaga Penapisan Filem kerana tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang sekatan, seharusnya pengkarya filem terutamanya yang beragama Islam malah merupakan warganegara Malaysia seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti agama dan masyarakat yang berbilang kaum. Pada masa yang sama, undang-undang penapisan filem mungkin perlu dikemaskini semula memandangkan pada zaman moden kini platform penyebaran divariasikan sehingga ke platform media sosial dan internet.

Justeru itu, umat Islam harus lebih berwaspada dengan anasir-anasir yang cuba mengelirukan pemikiran dan pemahaman berkaitan akidah Islam kerana sesungguhnya musuh Islam semakin berani dan tidak akan pernah berhenti untuk memusnahkan agama dan umat Islam itu sendiri. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk sama-sama membendung pemikiran dan ideologi sesat ini dari terus memesongkan akidah umat Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre dan Malaysia Gazzete – 27 FEB 2023