Home Syiah SAMBUTAN HARI KARBALA OLEH GOLONGAN SYIAH KERANA MEMPERINGATI PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA...

SAMBUTAN HARI KARBALA OLEH GOLONGAN SYIAH KERANA MEMPERINGATI PERISTIWA PEMBUNUHAN SAIDINA HUSSAIN ADALAH SATU BID’AH YANG MENYESATKAN.

2748
0

Bulan Muharam sering dikaitkan dengan puasa Hari Asyura dan juga peristiwa Karbala iaitu tragedi pembunuhan yang sangat menyayat hati berlaku dalam sejarah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam peristiwa ini, Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasulullah S.A.W dan juga anak kepada Saidina Ali r.a telah dibunuh dengan kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq pada tahun 61 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah.

Rentetan daripada ini terdapat upacara-upacara khas pada Hari Asyura dengan cara yang amat bertentangan dengan syarak. Malah kelompok Syiah juga telah mempergunakan peristiwa Karbala ini demi untuk meraih simpati umat Islam kepada kelompok mereka seolah-olah mereka ingin menggambarkan bahawa merekalah satu-satunya kelompok yang membela Ahlul Bait.

Perang Karbala telah menjadi ‘fitnah’ yang melanda dunia Islam dan merupakan titik tolak berlakunya permusuhan antara Kaum Sunni dan Syiah secara meluas di seluruh dunia. Di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat pegangan Syiahnya, pada hari Asyura mereka mencederakan diri masing-masing dengan alatan tajam kerana mengenangkan peristiwa Saidina Hussain dan kekejaman Yazid yang kononnya dikatakan sebagai pembunuh Saidina Hussain.

Pengikut fahaman Syiah berkumpul pada setiap 10 Muharam dan mencederakan tubuh dengan darah serta membasahi pipi dengan air mata kononnya mendendami Yazid dan mengenang Saidina Hussain bin Ali.

Islam tidak menghalang umatnya daripada mengingati mana-mana pemimpin Islam, tetapi tidaklah sampai kepada keadaan yang boleh membahayakan diri sendiri. Apa yang pasti itu bukanlah sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Sumber:

  1. Malaysia Kini 18 Oktober 2016
  2. Al malhaj. or.id.