Home Syiah SYIAH MENYEMAI API PERMUSUHAN DAN MENYEBAR FITNAH TERHADAP GOLONGAN SUNNI SEJAK AWAL...

SYIAH MENYEMAI API PERMUSUHAN DAN MENYEBAR FITNAH TERHADAP GOLONGAN SUNNI SEJAK AWAL ZAMAN KHALIFAH AR-RASYIDIN – TOLAK SYIAH!!!

1782
0

Perkataan ‘Syiah’ dari segi bahasa bermaksud pengikut dan pembela seseorang. Pada zaman awal Islam, perkataan ‘Syiah’ hanya digunakan mengikut makna asal iaitu penyokong bagi kumpulan-kumpulan yang bertelagah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan siasah (politik) atau pengurusan negara.

Sebagai contoh semasa berlaku pertikaian antara Muawiyah dan Saidina Ali selepas kewafatan Saidina Uthman yang pada hakikatnya hanya bersifat politik semata-mata dan tidak membabitkan akidah dan pegangan agama. Pengikut Saidina Ali disebut ‘Syiah Ali’ manakala pengikut Muawiyah disebut ‘Syiah Muawiyah’.

Namun, penggunaan perkataan ‘Syiah’ kemudiannya berkembang kepada pengertian khusus yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait. Semenjak peristiwa kematian Saidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah semakin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah menyentuh persoalan akidah. Perselisihan terjadi dengan lebih besar disebabkan akidah dan syariat yang diyakini oleh golongan Syiah yang menyeleweng daripada akidah dan syariat yang dipegang oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah golongan Syiah terus meniupkan api permusuhan dengan golongan Ahli Sunnah dengan menfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW termasuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan lain-lain, yang dikatakan berkhianat malah mengkafirkan sahabat-sahabat r.a. tersebut. Mereka mencipta ajaran bid’ah yang dkatakan sebagai ajaran Islam yang benar yang diajarkan oleh Imam-imam mereka yang diyakini maksum dan menjadi wakil Tuhan

Nama Saidina Ali dan Ahlul Bait digunakan sebagai topeng bagi melindungi ajaran bid’ah yang mereka bawa dengan tujuan meruntuhkan Islam yang dipegang oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Syiah yang sekarang tidak boleh diajak berbincang dengan lidah, sebaliknya mereka menunjukkan penentangan terbuka dengan senjata terhadap Ahli Sunnah.

Kebencian Syiah yang amat sangat ditunjukkan kepada Ahli Sunnah sehingga sanggup bersama melakukan pengkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata untuk menghancurkan golongan Ahli Sunnah, maka ketika ini kita kena menilai kembali hubungan kita dengan Syiah.

Sumber: Buku ‘Mengenal Hakikat Syiah’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Buku ‘Syi’ah Komplot Tawan Dunia’, Sheikh Muhammad Musanna.