Home Ateis AWAS!!! JANGAN TERGOLONG DALAM KALANGAN GOLONGAN DAHRIYYUN – AMBIL IKTIBAR PENDAPAT ULAMA...

AWAS!!! JANGAN TERGOLONG DALAM KALANGAN GOLONGAN DAHRIYYUN – AMBIL IKTIBAR PENDAPAT ULAMA SILAM BERKENAAN GOLONGAN ATEISME YANG TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN TUHAN SEBAGAI PENCIPTA

439
0

Pada zaman dahulu, ateisme bukanlah satu ancaman yang besar dalam dunia Islam dari sudut sosial dan intelektual sehinggalah kebangkitan aliran Dahriyyun pada abad ke-8. Dahriyyun menurut aL-Khawarizmi sebagai golongan yang percaya kepada keabadian masa. Ini bermaksud Imam al-Ghazali menyatakan bahawa golongan ini menolak Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir.

Golongan Dahriyyun percaya bahawa alam semesta adalah bersifat abadi dan tercipta daripada empat elemen yang bertanggungjawab terhadap semua yang wujud. Semua yang wujud tercipta dengan sendiri tanpa pencipta. Haiwan datang daripada air mani dan air mani datang daripada haiwan, ianya seperti itu dan sentiasa akan seperti itu.

Begitulah pandangan para ulama silam berkenaan golongan ateis. Pokok pangkalnya adalah perkara sama yang dipersoalkan iaitu tentang kewujudan Tuhan. Sedangkan banyak sumber, ruang dan peluang yang terbuka bagi mereka mengkaji dan mencari jawapan kewujudan Tuhan itu yang semuanya termaktub di dalam al-Quran. Jika tidak fahami pun, boleh bertalaqqi mahupun berdebat dengan para ulama dengan tujuan mencari kebenaran, barulah ada usaha untuk mendapatkan sesuatu jawapan itu dari hanya mengikut pemikiran Barat seperti ‘lembu dicucuk hidung’. Sedarlah umat Islam bahawa kewujudan Allah SWT itu benar dan janganlah sesekali terkeliru dan tergolong dalam kalangan golongan Dahriyyun.

Sumber: Bayan Linnas – Siri 107, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan