Home Ektremisme/radikalisme PROVOKASI ISRAEL MENYERANG PENDUDUK PALESTIN DI BULAN RAMADHAN!!! UMAT ISLAM BERTINDAK GANAS...

PROVOKASI ISRAEL MENYERANG PENDUDUK PALESTIN DI BULAN RAMADHAN!!! UMAT ISLAM BERTINDAK GANAS DIKATAKAN TERORIS, TATKALA ISRAEL MENGGANAS DIBIARKAN SENYAP TANPA BICARA

397
0

Satu dunia sedia maklum dari dahulu Israel tidak pernah membiarkan umat Islam di Palestin hidup aman. Dari merempat tiada tanah sehingga merampas bumi Palestin dan tanpa malu mengiktiraf sebagai negaranya menunjukkan golongan laknatullah ini sangat tidak beradab.

Kekejaman Israel berterusan lebih-lebih lagi dikala bulan Ramadhan. Umat Islam melaksanakan ibadah di Masjid al-Aqsa diganggu diacu dengan senjata, golongan yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua turut ditindas dengan keganasan menunjukkan betapa tindakan dan perasaan laknatul Israel di luar normalisasi sebagai seorang manusia. Secara psikologinya, fungsi ‘kognitif’ (pemikiran) mereka boleh dikatakan tidak sihat kerana segala perbuatan diterjemahkan dalam bentuk ‘devian’ (keganasan).

Provokasi demi provokasi kaum Yahudi ini terhadap umat Islam menggambarkan mereka sebenarnya adalah pengecut. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hasyr, ayat 14, maksudnya: “(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).”
Sewajibnya bagi umat Islam bangkit untuk melakukan apa sahaja tindakan yang boleh menunjukkan sokongan kita kepada umat Islam di Palestin. Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah berdoa, nyatakan sokongan di laman sosial, boikot produk dan hubungan diplomatik dengan Israel, memberi sumbangan dan sebagainya. Ayuh Umat Islam! Bangkitlah menentang kezaliman dan tunjukkan sokongan kita di semua saluran yang ada khususnya di media sosial serta tingkatkan amal ibadah dan juga ilmu agar umat Islam menjadi umat contoh yang dapat mengusai dunia dalam semua aspek.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- Apr 2023 dan Petikan
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan