Home Ateis KEJAHILAN ATEIS YANG BERPEGANG KEPADA SAINSTISME!!! TEORITIKAL SAINS SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK...

KEJAHILAN ATEIS YANG BERPEGANG KEPADA SAINSTISME!!! TEORITIKAL SAINS SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK BERSIFAT MUTLAK BERBANDING DENGAN AL-QURAN, JADI MENGAPA MASIH TIDAK MEMPERCAYAI KEWUJUDAN ALLAH SWT?

348
0

Bermula pada abad ke-21, golongan ateis digelar sebagai ‘New Atheist’. Mereka yang menerima fahaman ‘New Atheism’ ini menzahirkan keyakinan yang tinggi dalam pandangan-pandangan mereka. Malah ia lebih jauh daripada pendekatan Ateis di zaman silam. Mereka berkongsi pendirian yang sama dalam isu-isu melibatkan agama dan Tuhan. Kepercayaan terhadap Tuhan dan agama secara umumnya bagi mereka perlu ditentang dan dihapuskan sepenuhnya kerana tidak dapat dibuktikan secara intelektual, maka ianya bahaya kepada manusia.

Pegangan teguh ‘New Atheist’ terhadap prinsip saintisme iaitu pandangan bahawa metode induktif sains adalah satu-satunya sumber pengetahuan yang benar dan sains terutamanya dapat menghasilkan pengetahuan yang benar mengenai manusia dan masyarakat adalah satu pemikiran yang kolot. Hal ini kerana sains bukanlah sesuatu yang bersifat tetap dan boleh berubah-ubah pada masa akan datang. Terlalu banyak teori-teori sains yang pernah popular dan pada abad lainnya disanggah dengan pendapat yang lain kerana sifat sains itu sendiri adalah teoritikal iaitu bersifat tidak mutlak.

Apabila sains juga tidak bersifat mutlak, ini membuktikan bahawa tidak semua perkara di dalam al-Quran yang masih tidak dapat dibuktikan oleh sains itu adalah tidak saintifik. Pengajarannya, adalah tidak logik untuk terburu-buru menyatakan bahawa Islam itu agama yang tidak saintifik, tidak rasional, kewujudan Allah SWT tidak benar dan sebagainya. Justeru itu, kepada golongan ateis, bukalah minda untuk menerima maklumat daripada sumber yang benar dan tepat kerana disitulah menunjukkan kita bersedia atau tidak untuk menerima kebenaran. Kepada umat Islam juga, jangan terburu-terburu dalam menghukum dan memfitnah, sebaliknya berdakwahlah dengan cara penuh hikmah agar dengan sikap baik itu menjadi asbab kepada golongan itu untuk berubah dan membuka pintu hidayahnya.

Sumber: Bayan Linnas – Siri 107- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan