Home Ateis ATEISME DAN ANCAMAN TERHADAP PEMIKIRAN ISLAM DI ERA GLOBALISASI

ATEISME DAN ANCAMAN TERHADAP PEMIKIRAN ISLAM DI ERA GLOBALISASI

43
0

Pelopor ateisme zaman kini mendakwa bahawa beragama Islam adalah penyebab kepada kemunduran di dunia Islam, kerana agama Islam telah mengikat kebebasan akal daripada berfikir untuk mencapai kemajuan. Agenda mereka menjadi lebih mudah di zaman globalisasi sehingga ateis terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuklah di negara-negara Islam.

Kesan daripada kebangkitan Barat pada zaman Renaisans, maka lahirlah beberapa kenyataan yang disifatkan sebagai menolak agama dan Tuhan. Ideologi ateisme menganggap pemikiran mutlak tentang Tuhan tidak penting kerana ia sekadar khayalan akal yang berpisah daripada Tuhan.

Hal ini bermaksud kepercayaan terhadap sesuatu perkara hanya boleh dirasai dan ditentukan oleh kebendaan sahaja, bukan sesuatu yang ditetapkan oleh akal. Tokoh-tokoh ateis turut mendakwa bahawa kewujudan manusia adalah sebagai Tuhan tetapi bukan Tuhan, maka agama yang baru ialah politik bukannya agama-agama lain yang sedia ada seperti Islam, Kristian dan sebagainya. Pentingnya mengangkat politik sebagai agama bagi mereka kerana asas pembentukan kerajaan adalah kehendak dan keperluan manusia dan masyarakat, bukannya Tuhan dan agama.

Berdasarkan beberapa ideologi pemikiran ateisme yang dikemukakan tersebut, keracunan pemikiran sebegini merupakan sejarah terburuk dalam kehidupan beragama di Barat, sebelum ia berkembang ke seluruh dunia sehingga kini ke dalam kehidupan beragama umat Islam. Impaknya, umat Islam yang rapuh pegangan agamanya, terpedaya dengan kesesatan ateisme sehingga sanggup menggadaikan agama kononnya demi kebebasan diri.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia