Home Syiah SYIAH TIDAK MENGIKTIRAF KEDUDUKAN KHALIFAH AL-RASYIDIN (ABU BAKAR, UMAR, UTHMAN) – TIDAK...

SYIAH TIDAK MENGIKTIRAF KEDUDUKAN KHALIFAH AL-RASYIDIN (ABU BAKAR, UMAR, UTHMAN) – TIDAK CUKUP LAGI KAH KESESATAN SYIAH???

801
0

Dengan kedudukan imamah yang begitu dipandang tinggi dalam Mazhab Syiah, maka sudah tentu ia mempengaruhi pandangan mereka terhadap para sahabat Rasulullah S.A.W. yang lain.

Fahaman Syiah bukan sahaja tidak mengiktiraf kerajaan ketiga-tiga Khalifah Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar bin al-Khattab r.a dan Saidina Uthman bin Affan r.a. sebagai khalifah Islam, malah mengkafirkan dan melaknat sahabat-sahabat nabi menjadi sebahagian daripada asas agama yang dipanggil ‘al-Baraah Min Ahli Bait’ (membersihkan diri daripada musuh-musuh ahli bait) dianggap sebagai satu ibadah yang besar.

Pengikut Syiah hanya mengiktiraf kerajaan Khalifah al-Rasyidin hanya pada zaman Saidina Ali r.a sahaja dan menganggap ketiga-tiga khalifah sebelumnya telah merampas jawatan tersebut dan telah melakukan dosa besar kerana melanggar hokum dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W.

Sedangkan kita tahu bahawa para sahabat adalah antara umat Islam yang paling kuat mematuhi perintah Allah dan RasulNya. Dengan kedudukan para sahabat yang sebegitu rupa dalam kalangan Syiah, maka ia akan menjejaskan kepercayaan umat Islam sendiri terhadapp al-Quran dan al-Sunnah.

Bagaimana kita boleh mempercayai kebenaran al-Quran dan al-Sunnah jika orang-orang yang bertanggungjawab menyaksikan, mengumpul dan menyampaikan kepada kita adalah orang-orang yang fasik, pembohong zalim dan kufur? Membatalkan kepercayaan kepada para sahabat bermaksud mereka telah dikategorikan sebagai zindik (munafik) dan menjadi kafir dengan ijmak sekalian ulamak.

Sumber: Buku ‘Mengenal Hakikat Syiah’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Buku ‘Syi’ah Komplot Tawan Dunia’, Sheikh Muhammad Musanna.