Home Syiah SYIAH MENYANJUNG AL-QURAN SAIDATINA FATIMAH DIMANAKAH KERELEVANAN MENGANGGAP SYIAH SEBAHAGIAN ISLAM JIKA...

SYIAH MENYANJUNG AL-QURAN SAIDATINA FATIMAH DIMANAKAH KERELEVANAN MENGANGGAP SYIAH SEBAHAGIAN ISLAM JIKA AL-QURAN AL-KARIM DIPERTIKAIKAN?

287
0

Al-Quran adalah sumber hukum utama bagi seluruh umat Islam, begitu juga dengan golongan Syiah. Namun, pandangan Syiah terhadap al-Quran al-Karim jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Dalam Kitab Usul al-Kafi karangan ahli hadis Syiah, al-Kulaini, menyatakan bahawa Syiah mempunyai mushafnya tersendiri iaitu al-Quran Saidatina Fatimah yang dikatakan tiga kali ganda besarnya dari al-Quran dan tiada satu pun huruf atau perkataan yang serupa dengan al-Quran mushaf al-Karim.

Al-Quran pada pandangan Syiah bukanlah mushaf Usman yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW dan dipakai diseluruh dunia Islam semenjak penurunannya. Pada mereka al-Quran itu tidak sah berpegang kepadanya dan susunannya tidak sah. Alasannya adalah al-Quran itu disusun oleh golongan munafik iaitu yang dirujuk kepada para sahabat Nabi Muhammad SAW yang dianggap telah merampas hak imam ketaksuban mereka iaitu Saidina Ali. Pelbagai lagi dakwaan golongan sesat Syiah terhadap al-Quran termasuklah mengatakan ayat-ayat al-Quran telah diubahsuai, disembunyikan dan 1/3 bahagian ayat ada dalam al-Quran musuh (iaitu al-Quran al-Karimpegangan ASWJ).

Sedangkan sumber al-Quran adalah wahyu. Pegangan ASWJ kukuh bahawa hanya Rasulullah SAW yang diberikan wahyu, namun Syiah menyatakan bahawa imam-imam mereka yang 12 dan Siti Fatimah r.a turut mendapat wahyu. Pada masa yang sama, umat Islam jangan merasa hairan jika melihat golongan Syiah masih lagi membaca al-Quran al-Karim, kerana sebenarnya mereka hanyalah ‘takiyyah’ (tipu helah) sahaja. Bagi mereka al-Quran sebenar akan mula dibaca oleh Imam Mahdi ketika beliau muncul nanti.

Inilah bukti jelas bahawa Syiah adalah ajaran sesat yang jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Umat Islam janganlah sesekali terpengaruh dengan ideologi karut Syiah. Berjanggut, beserban, berpurdah, bertudung dan berimej sangat serupa dengan orang Islam tidak bermakna pegangan dan akidahnya sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Telitilah dahulu ajaran yang dibawa supaya tidak terjerumus ke lembah kesesatan lagi menyesatkan.

Sumber: Buku Bahaya Syiah