Home Ajaran Sesat BAHAYA AJARAN SESAT!!! JANGAN MUDAH MENJADI ‘PAK TURUT’ KEPADA TOK GURU YANG...

BAHAYA AJARAN SESAT!!! JANGAN MUDAH MENJADI ‘PAK TURUT’ KEPADA TOK GURU YANG MENDAKWA DIRINYA NABI ATAU IMAM MAHDI

333
0

Kemunculan kebanyakan ajaran sesat dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan lama yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianisasi, Hinduisme, Budhisme dan sebagainya yang kemudiannya diserap ke dalam ajaran Islam. Ajaran sesat paling lama di Malaysia dipercayai muncul pada awal abad ke-19 dikenali sebagai ajaran Taslim yang dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Matahari bertempat di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sesuatu yang sukar difahami ialah mengapa sesetengah umat Islam itu begitu mudah terpengaruh dengan seseorang guru ajaran sesat terutamanya apabila individu itu mengaku dirinya Nabi atau Imam Mahdi. Biasanya orang yang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat ialah golongan yang rapuh ilmunya. Mereka lebih selesa menjadi ‘pak turut’ daripada berusaha mencari ilmu sebenar yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Inilah realiti yang dihadapi umat Islam kini tanpa disedari bilangannya semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru itu, umat Islam hendaklah berwaspada demi memelihara kesucian dan keutuhan akidah serta syariat Islam. Janganlah terpengaruh dan terikut-ikut dengan sesuatu ajaran yang kita tidak ada ilmu mengenainya kerana dibimbangi bukan sahaja ia akan merugikan diri, malah akan dimurkai Allah SWT. Nauzubillahi min zalik.

Sumber: Petikan Ceramah Fenomena Ajaran Sesat – Ustaz Dr. Shauqi Othman