Home Ateis BENARLAH ATIES ITU JAHIL TETAPI TIDAK MAHU MENGAKU!!! AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH-KISAH...

BENARLAH ATIES ITU JAHIL TETAPI TIDAK MAHU MENGAKU!!! AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH-KISAH PARA TOKOH ATEISME BARAT YANG KINI MEMELUK ISLAM DAN MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN

224
0

Pada zaman moden ini boleh dikatakan semakin ramai yang tidak mengakui dan meragui kewujudan Tuhan terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak beragama. Bagi golongan ateis, hujah mereka mudah, “Aku tidak nampak Tuhan, jadi bagi aku Tuhan itu tiada”. Namun, apa yang menarik ialah tatkala tokoh-tokoh ateis yang menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang mula goyah dengan hujah mereka berkenaan kewujudan Tuhan yang akhirnya memeluk Islam.

Contohnya, Dr. Antony Flew, seorang pakar dalam bidang falsafah, juga merupakan pakar rujuk ateisme yang berasal dari Britain. Beliau memperjuangkan falsafah ateisme selama 50 tahun dan telah menghasilkan lebih 30 buku mengenai ateisme. Namun, ketika umurnya 81 tahun, beliau telah mengisytiharkan keyakinan beliau akan kewujudan Tuhan. Perubahan keyakinan beliau adalah disebabkan kajian beliau yang mendalam tentang kejadian DNA. Sehinggalah pada tahun 2007, beliau bersama Roy Abraham Varghese menulis sebuah buku bertajuk “There is a God: How the World’s Most Notorious Atheist Changed His Mind”.

Selain itu, Dr. Jeffrey Lang, professor dalam bidang Matematik di Universiti Kansas, Amerika Syarikat telah lahir dalam keluarga Kristian Roman Katolik, namun kemudiannya menjadi ateis kerana mendapati banyak kontradiksi dan kecelaruan dalam ideologinya. Beliau kemudiannya membuat kajian terhadap isi al-Quran yang sarat dengan sains moden dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah atas bukti kewujudan dan kebesaran Tuhan sekalian alam, Allah SWT.

Professor Periyadarshan dari India, pakar psikoterapi dan pakar rujuk ateisme di India juga telah memeluk Islam setelah membuat kajian terhadap al-Quran. Beliau meyakini bahawa kitab tersebut autentik dan datang secara langsung daripada Tuhan.

Benarlah sesungguhnya tanda-tanda kewujudan Tuhan itu ada di mana-mana. Ia boleh diperoleh melalui al-Quran, juga terbentang luas pada seluruh alam ciptaanNya. Tanda-tanda itu juga ada pada diri manusia sendiri.
Firman Allah SWT dalam Surah Fushilat, ayat 53,
Maksudnya: “Kami memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka, ia adalah benar”.

Sumber: Hidayah Centre Faundation , Unit Penyeledikan al-Haq Centre Malaysia – MEI 2023