Home KRISTIANISASI HIBURAN YANG MELALAIKAN TAKTIK LICIK GERAKAN KRISTIANISASI MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI PEGANGAN...

HIBURAN YANG MELALAIKAN TAKTIK LICIK GERAKAN KRISTIANISASI MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI PEGANGAN AGAMA – BERHATI-HATILAH!!!

268
0

Bagi mempengaruhi  dan menjauhkan umat Islam dari berpegang kepada ajaran Islam serta ragu-ragu dengan kebenaran Islam, musuh-musuh Islam bertanggungjawab mewujudkan pelbagai program yang menjauhkan umat Islam di negara ini dari berpegang kepada ajaran Islam.  Melalui pelbagai program yang dijalankan, umat Islam begitu mudah dipengaruhi oleh dakyah-dakyah kristian sehingga sanggup mengenepikan ajaran agama semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu dan kebebasan diri tanpa terikat dengan batasan syariat yang ditetapkan oleh agama.

Terdapat banyak contoh yang boleh dilihat dalam program yang diatur oleh gerakan kristian ini untuk memusnahkan akidah umat Islam di negara ini. Antaranya ialah melalui media dan sebaran am yang diputar-belitkan. Umpamanya imej Islam diburuk-burukkan di mata dunia seperti isu puak pelampau Islam dibesar-besarkan seolah-olah puak pelampau itu digambarkan sebagai ‘Islam yang sebenar’ supaya umat Islam menjadi benci dan tidak yakin kepada ajaran Islam. Sehingga wujudnya terma Islamofobia bagi menggambarkan betapa teruknya orang Islam dan agama Islam itu di mata dunia. Mereka juga menganjurkan program-program yang melalaikan seperti slot drama atau ‘game show’ yang ditayangkan pada waktu solat, menganjurkan konsert-konsert dengan membawa masuk artis-artis yang berimej kurang sopan dan sebagainya yang boleh menjauhkan umat Islam daripada berpegang dengan ajaran agama.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu berhati-hati dan perlu segera sedar bahawa sebenarnya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan atau tayangan-tayangan di televisyen pada waktu-waktu yang tidak sesuai sebenarnya merupakan strategi yang dirancang secara halus dan terancang. Tidak sedarkah kita sebenarnya gerakan ini telah lama wujud dan tidak pernah berputus asa untuk menghilangkan nilai-nilai Islam, memusnahkan akidah dan membawa umat Islam semakin jauh dengan ajaran serta kehidupan Islam?

Sumber: Buku ‘Kristianisasi & Gejala Murtad di Malaysia’, Mohd Farhan Abdullah (2007).